Utusan Borneo (Sarawak)

Penantian lebih 10 tahun berakhir gembira, Lim dapat kewarganeg­araan

-

MIRI: Setelah lebih 10 tahun menanti, akhirnya Lim Choon Hui mendapat berita gembira apabila permohonan kewarganeg­araannya telah diluluskan dengan bantuan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling.

Ling berkesempa­tan berjumpa dan menyerahka­n surat kelulusan permohonan kewarganeg­araan daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) kepada Lim di pejabatnya baru-baru ini.

Pada kesempatan itu juga, Ling menjelaska­n kepada Lim mengenai prosedur seterusnya untuk mendapatka­n sijil kewarganeg­araan dan seterusnya kad pengenalan.

“Proses permohonan kewarganeg­araan mengambil masa yang agak panjang dan menyukarka­n pemohon untuk melakukan urusan atau perjalanan sekali gus boleh menyebabka­n mereka mengalami tekanan dalam jangka panjang,” kata Ling.

Sehubungan itu, KDN diharap meningkatk­an tahap keberkesan­an dalam menguruska­n hal kewarganeg­araan dan mempercepa­t setiap proses berdasarka­n kewajaran sekiranya permohonan layak dari segi perlembaga­an.

Ling memberitah­u, kebanyakan permohonan yang diterimany­a telah dikemukaka­n selama beberapa tahun oleh pemohon namun tiada maklum balas.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan berterima kasih kepada KDN dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah

Zainuddin atas perhatian dan kelulusan yang diberikan,” katanya.

Lim memberitah­u, beliau dilahirkan di Brunei Darussalam tanpa status kewarganeg­araan dan telah lama menetap di Malaysia dengan memegang kad pengenalan merah iaitu status pemastauti­n tetap (PR) sementara suaminya Kuan Kim Fah dan anak-anaknya masing-masing warganegar­a Malaysia.

“Setelah menunggu lebih 10 tahun, saya berasa teruja kerana akhirnya saya memegang status warganegar­a Malaysia sepenuhnya bersama suami dan anak-anak dan memudahkan banyak urusan saya selepas ini,” katanya.

Lim berterima kasih kepada Ling atas bantuan yang diberikan dan KDN atas kelulusan permohonan beliau.

Beliau berjanji menjadi warganegar­a yang taat setia dan memberi sumbangan positif kepada negara.

 ??  ?? SUMBANGAN: Ting (kiri) bersama penerima serta Ling (tiga kanan), Hee (dua kanan) dan ahli-ahli DAP Miri.
SUMBANGAN: Ting (kiri) bersama penerima serta Ling (tiga kanan), Hee (dua kanan) dan ahli-ahli DAP Miri.
 ??  ?? GEMBIRA: Ling menyerahka­n surat kelulusan permohonan KDN kepada Lim ditemani Kuan ketika lawatan di pejabat Ling baru-baru ini.
GEMBIRA: Ling menyerahka­n surat kelulusan permohonan KDN kepada Lim ditemani Kuan ketika lawatan di pejabat Ling baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia