Utusan Borneo (Sarawak)

PH mahu selesai isu setinggan Pujut Sungai Adong

-

MIRI: Pakatan Harapan (PH) akan menyelesai­kan isu setinggan di Pujut Sungai Adong di sini sekiranya diberi mandat menerajui kepimpinan negeri.

“Sekiranya PH memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), kita pasti akan menempatka­n semula semua keluarga di kediaman setinggan sepanjang Sungai Adong,” kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri Dr Ting Tiong Choon.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihka­n sumbangan beras kepada penduduk di kawasan itu petang semalam.

Bekas ADUN Pujut itu menggesa Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengambil perhatian terhadap aspek kebersihan dan keselamata­n sekitar kawasan itu.

MBM diminta meninjau pelbagai permasalah­an melibatkan jalan raya, masalah rumput panjang, lalang dan belukar.

“Saya berharap MBM mengambil perhatian perkara ini dan tidak menganggap mereka sebagai penduduk kelas kedua,” jelasnya.

Mengenai pencemaran sungai, masyarakat diminta tidak menuding jari kepada penduduk setinggan sebagai penyebab masalah.

“Ia boleh diatasi dengan kerjasama semua dengan tidak menjadikan sungai sebagai tong sampah,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 45 kampit beras dan sayuran diberi kepada penduduk setinggan di Pujut 3, kebanyakan kediaman dibina di tepian Sungai Adong.

Mereka juga menerima sumbangan cecair pembersih tangan dan pelitup separuh muka.

DAP diwakili Pengerusi Miri Dr Ting Tiong Choon, Setiausaha DAP Sarawak Senator Alan Ling, Ketua Pemuda Miri Peter Hee dan Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo.

Sumbangan diharap dapat meringanka­n beban penduduk termasuk memastikan mereka mendapat bekalan peralatan perlindung­an diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia