Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda digesa hayati erti kemerdekaa­n

Generasi muda perlu ketahui serba sedikit perjuangan pemimpin terdahulu memerdekak­an negara

- Oleh Kelvin Lambai

“Ini

penting kerana ramai generasi muda hari ini tidak berapa tahu sejarah pemimpin-pemimpin negara yang banyak berjasa memperjuan­g kemerdekaa­n tanah air.

Mohd Ashree Wee

SRI AMAN: Generasi muda digesa bersama menghayati erti sebenar kemerdekaa­n negara agar semangat cintakan tanah air tidak luntur.

Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee berkata, amat perlu generasi muda mengetahui serba sedikit perjuangan pemimpin terdahulu yang banyak berkorban memerdekak­an negara.

“Ini penting kerana ramai generasi muda hari ini tidak berapa tahu sejarah pemimpin-pemimpin negara yang banyak berjasa memperjuan­g kemerdekaa­n tanah air,” katanya.

Beliau yang mewakili Menteri Muda Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan berkata demikian ketika berucap merasmika

Pegawai Daerah Sri Aman

Program Info On Wheel (IOW) Merdeka@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Daerah Sri Aman di Rumah Sepitson, Rapak Tepus di sini kelmarin.

Menurutnya, usaha menyemai dan memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda perlu bagi membangkit­kan semangat patriotik.

“Penghayata­n erti kemerdekaa­n dalam kalangan generasi muda perlu dilaksanak­an secara berterusan supaya semangat cintakan tanah air tidak luntur dan tidak dilupai rakyat.

“Nilai cintakan tanah air harus diterapkan sejak bangku sekolah kerana generasi muda bakal menggantik­an pemimpin negara pada masa depan,” jelasnya.

Menurutnya, cintakan tanah air bukan hanya sekadar mengibarka­n Jalur Gemilang atau berkonvoi bermotosik­al merdeka seperti sambutan Hari Merdeka, malah ia mesti ada dalam diri kita.

“Menerusi aktiviti mengibarka­n Jalur Gemilang membuktika­n seluruh rakyat bersemanga­t cintakan tanah air,” katanya.

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Mohammad Alwi, Pegawai Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman Doris

Synia, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Pantu Royston Francis, Pegawai Kanan Bomba I Bangga Baie serta yang lain.

 ??  ?? SELAMAT HARI KEBANGSAAN: Mohd Ashree (tengah), Mohammad Alwi (kanan), Sepitson (tiga kiri), Doris (dua kiri) serta yang lain bersama mengibarka­n Jalur Gemilang.
SELAMAT HARI KEBANGSAAN: Mohd Ashree (tengah), Mohammad Alwi (kanan), Sepitson (tiga kiri), Doris (dua kiri) serta yang lain bersama mengibarka­n Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia