Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS Cawangan Stakan agih Jalur Gemilang dan bendera Sarawak

-

KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Stakan mengagihka­n Jalur Gemilang dan bendera Sarawak kepada orang ramai semalam untuk dikibarkan di kenderaan-kenderaan persendiri­an.

Naib Pengerusi SABERKAS Cawangan Stakan Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf berkata pengagihan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak secara percuma ini adalah sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

“Tradisi mengibarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sarawak pada kenderaan-kenderaan persendiri­an semasa Bulan Kebangsaan semakin kurang pada masa ini.

“Atas sebab itu, SABERKAS Cawangan Stakan mengambil inisiatif ini dengan tujuan menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e dalam kalangan rakyat terutama belia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak kepada orang ramai di pekarangan pusat komersial di Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan di sini semalam.

Tambah Aziz, meskipun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19, namun ia tidak memadamkan semangat para ahli untuk mengadakan program itu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Aziz yang juga exco SABERKAS Negeri Sarawak juga berterima kasih kepada SABERKAS Cawangan Stakan yang telah menganjurk­an program ini atas inisiatif sendiri.

Selain pemilik kenderaan, Jalur Gemilang dan bendera Sarawak turut diagihkan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Stakan serta agihan pelitup separuh muka secara percuma.

Sebanyak 350 Jalur Gemilang dan bendera Sarawak diagihkan secara percuma semalam hasil sumbangan peribadi individu tertentu serta dana SABERKAS Cawangan Stakan sendiri.

Hadir sama Pengerusi SABERKAS Cawangan Stakan Kuanselor Bakar Suut dan Pemanca Seli Hassan.

 ??  ?? PATRIOTIK: Aziz meletak Jalur Gemilang pada salah sebuah kenderaan di pekarangan pusat komersial di Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan semalam. Turut kelihatan Bakar (dua kanan) dan Seli (kiri).
PATRIOTIK: Aziz meletak Jalur Gemilang pada salah sebuah kenderaan di pekarangan pusat komersial di Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan semalam. Turut kelihatan Bakar (dua kanan) dan Seli (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia