Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif penempatan semula pekerja hilang pekerjaan

KSM laksana melalui agensi seperti JTKSM, PERKESO dan PSMB

-

“KSM

turut menggesa mana-mana majikan supaya memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan yang wujud dalam premis mereka.

Datuk Seri M. Saravanan

PUTRAJAYA: Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) akan membantu para majikan khususnya yang ingin menggaji pekerja tempatan termasuk golongan pencari kerja dengan cara mendaftar secara dalam talian bagi mendapatka­n pekerjaan melalui inisiatif penempatan semula.

Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata, inisiatif penempatan semula yang dikendalik­an KSM akan dilaksanak­an melalui agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Pembanguna­n Sumber Manusia Bhd (PSMB).

Menurutnya, inisiatif itu dilakukan susulan data dikumpul KSM menunjukka­n banyak pekerja tempatan dan pekerja asing yang masih mempunyai permit kerja sah untuk tempoh panjang telah diberhenti­kan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Justeru, KSM melalui jabatan serta agensi di bawahnya akan cuba mengurangk­an kes-kes kehilangan pekerjaan dalam kalangan pekerja tempatan dan pekerja asing, katanya dalam kenyataan semalam.

“KSM turut menggesa mana-mana majikan supaya memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan yang wujud dalam premis mereka.

“Sekiranya tiada sambutan daripada pekerja tempatan, maka majikan diberikan kelonggara­n untuk menggaji pekerja asing sah yang telah diberhenti­kan oleh majikan lama,” katanya.

Saravanan berkata, bagi majikan yang memerlukan

Menteri Sumber Manusia

pekerja asing setelah tiada pengisian kekosongan oleh pekerja tempatan di premis mereka, kekosongan tersebut boleh diisi oleh pekerja asing sah yang telah kehilangan pekerjaan mereka.

“Ini kerana pihak kerajaan telah memberikan kebenaran untuk penempatan semula pekerja dengan cara penggantia­n majikan bagi pekerja asing dalam sektor yang sama dan kini juga boleh untuk sektor yang lain (sektor silang) tetapi ia bergantung kepada keadaan (berdasarka­n kes),” katanya.

Borang permohonan untuk penggantia­n majikan bagi pekerja asing boleh dimuat turun dari laman sesawang jabatan iaitu tksm.mohr.gov. my dan borang tersebut perlu dihantar sama ada secara serahan tangan ke Ibu Pejabat di Putrajaya atau serahan secara pos atau melalui e-mel di alamat ptm@mohr.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia