Utusan Borneo (Sarawak)

KPM laksana pentaksira­n baharu kemasukan ke Sekolah Khusus 2021

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan (KPM) telah membangunk­an satu sistem permohonan kemasukan pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat ke Sekolah Khusus secara single entry point untuk kemasukan tahun hadapan.

Dalam kenyataan semalam, KPM berkata ia melibatkan kaedah pentaksira­n baharu bagi tujuan kemasukan pelajar ke Sekolah Khusus, iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Menurut kementeria­n, sistem itu melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksira­n standard secara berpusat.

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus itu melibatkan kemasukan ke SBP dan SMKA untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, SMT dan MTD untuk Tingkatan 4 dan Kolej Vokasional untuk Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia.

Menurut kenyataan itu, permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my dan permohonan ke tingkatan empat melalui pautan https//: spskt4.moe.gov.my.

Menurut kementeria­n, semua pemohon akan menduduki pentaksira­n secara berpusat di 555 buah pusat pentaksira­n yang ditetapkan di seluruh negara.

Tarikh bagi permohonan dalam talian untuk tingkatan satu dan tingkatan empat adalah pada 7 September hingga 2 Oktober, manakala semakan pusat pentaksira­n bagi tingkatan satu pada 7 Oktober hingga 23 Oktober dan tingkatan empat pada 12 Oktober hingga 6 November.

Pelaksanaa­n pentaksira­n akan dijalankan untuk tingkatan satu pada 12 Oktober hingga 23 Oktober dan tingkatan empat pada 26 Oktober hingga 6 November.

KPM memaklumka­n pentaksira­n kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanak­an merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20 peratus), Kecerdasan Intelektua­l (70 peratus) dan Artikulasi Penulisan (10 peratus).

“Kaedah pelaksanaa­n Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektua­l adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaa­n ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis,” katanya.

KPM berkata maklumat lanjut berhubung pentaksira­n tersebut akan dimaklumka­n melalui portal KPM pada 1 September. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia