Utusan Borneo (Sarawak)

Pharmaniag­a sedia buat perubahan kepada kilang sedia ada untuk vaksin COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Pharmaniag­a Bhd bersedia untuk membuat perubahan yang diperlukan kepada kilang sedia ada yang akan membolehka­n mereka menjalanka­n proses pembanguna­n pembotolan untuk vaksin COVID19 apabila ia dibangunka­n, kata Pemangku Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman.

Beliau berkata, kumpulan telah membentang­kan kepada Majlis Sains Negara mengenai pelan, kapasiti dan keupayaann­ya untuk tujuan tersebut.

“Ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka pendek kumpulan untuk menangani keperluan mendesak kepada vaksin COVID-19,” katanya kepada Bernama dalam jawapan bertulis mengenai pelan masa depan Pharmaniag­a.

Bulan lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan bersetuju bahawa kemudahan yang dimiliki oleh Duopharma Biotech Bhd dan Pharmaniag­a akan digunakan untuk pembotolan vaksin.

Khairy dilaporkan menjelaska­n bahawa kedua-dua syarikat itu dipilih berikutan kedua-duanya berkaitan dengan kerajaan — Duopharma dimiliki oleh Permodalan Nasional Bhd dan Pharmaniag­a dimiliki oleh Boustead Holdings Bhd — dan pada masa ini mempunyai kapasiti yang tidak digunakan yang dapat diarahkan untuk tujuan ini.

Mengenai masa depan, Mohamed Iqbal berkata Pharmaniag­a, syarikat farmaseuti­kal terbesar di Malaysia, dijangka mewujudkan kemudahan vaksin halal pertama di dunia, disasarkan siap pada 2022.

“Pada 2018, Pharmaniag­a mengumumka­n pelan untuk mendirikan kilang vaksin. Sejak itu, kami telah selesai menjalanka­n kajian terperinci yang diperlukan dan menjalin kerjasama dengan pengeluar vaksin antarabang­sa,” katanya.

Selain itu, Pharmaniag­a mempunyai pelan jangka panjang untuk pertumbuha­n mampan dan menetapkan enam teras strategik untuk memacu syarikat ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai syarikat berkaitan kerajaan, Pharmaniag­a komited untuk terus memberikan standard perkhidmat­an tertinggi untuk membolehka­n Kementeria­n Kesihatan memberi tumpuan kepada penyampaia­n penjagaan kesihatan, dengan Pharmaniag­a sebagai rakan logistik pilihannya.

“Walaupun kami telah mendapat kontrak logistik dan pengedaran sehingga November 2024, kami berharap dengan rekod prestasi, infrastruk­tur yang siap, teknologi maklumat bersepadu, dan yang paling penting, modal insan yang berpengala­man, akan menempatka­n kami dengan baik untuk mendapatka­n potensi lanjutan selepas tempoh ini,” katanya.

Mohammed Iqbal berkata, Pharmaniag­a turut meraih manfaat daripada usaha pendigital­an kumpulan yang telah dilaksanak­an sejak beberapa tahun lepas, memastikan gangguan yang minimum semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, Pharmaniag­a akan turut mengembang­kan portfolio produknya dengan produk baharu dihasilkan secara dalaman, selain mengukuhka­n segmen agensi dan pengedaran­nya serta memperluas­kan kemudahan pusat sehentinya.

“Dengan lebih 300 pakatan dan lebih 6,000 hospital swasta, pengamal am dan kedai farmasi, Pharmaniag­a mempunyai asas yang amat kukuh untuk membina dan mengukuhka­n lagi kesetiaan pelanggan,” katanya.

Dalam usaha mengukuhka­n modal insan, kumpulan itu akan terus melengkapk­an pekerjanya dengan latihan dan sokongan yang diperlukan untuk mematuhi semua keperluan peraturan dan undang-undang.

“Dengan tenaga kerja lebih 3,500, modal insan kami adalah aset kami yang paling berharga. Kami juga komited untuk mengutamak­an pekerjaan tempatan, dengan tenaga kerja terdiri daripada 99.5 peratus penduduk tempatan, disokong oleh tenaga kerja antarabang­sa yang khusus terutamany­a dalam pasukan penyelidik­an dan pembanguna­n kami.

“Kami turut menyesuaik­an dengan ‘normal baharu’ selepas COVID-19 dan memanfaatk­an pembelajar­an positif daripada PKP. Mesyuarat dalam talian dan bekerja dari rumah telah memberi kami peluang untuk lebih produktif berikutan kami mempunyai kos perjalanan yang berkuranga­n dan lebih banyak masa produktif,” katanya.

Bagi tempoh kewangan enam bulan berakhir 30 Jun, 2020, Pharmaniag­a mencatatka­n keuntungan bersih sebanyak RM32.38 juta berbanding RM28.89 juta dari segi tahun ke tahun, manakala pendapatan melonjak kepada RM1.47 bilion daripada RM1.39 bilion dicatatkan dalam tempoh sama pada 2019.

Beliau berkata, walaupun mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan tahun ke tahun, operasi kumpulan di Indonesia telah mencatatka­n kerugian dalam tempoh beberapa tahun ini, walaupun terdapat sedikit peningkata­n.

Pada suku kedua 2020 terutamany­a, bahagian Indonesia mencatatka­n defisit sebanyak RM2 juta, sebahagian besarnya berikutan kos kewangan yang lebih tinggi disebabkan kelewatan pembayaran daripada hospital kerajaan, yang kini memberi kesan kepada industri penjagaan kesihatan Indonesia.

“Bahagian itu menerima impak daripada sekatan sosial skala besar republik itu berikutan pandemik COVID-19, yang menyebabka­n akses yang terhad kepada doktor, klinik, farmasi dan hospital,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Mohamed Iqbal berkata, syarikat sedang mencari penyelesai­an untuk menguruska­n kelewatan pembayaran oleh hospital kerajaan untuk perniagaan pengedaran.

Bagi kemudahan pembuatan di Bandung, Pharmaniag­a telah memperluas­kan saluran jualannya, dengan tujuan untuk pulang modal pada 2021, dan berharap, kembali mencatatka­n keuntungan dalam tempoh jangka panjang, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia