Utusan Borneo (Sarawak)

Microsoft bina pusat data di Johor, pembinaan capai 40 peratus

-

JOHOR BAHRU: Syarikat gergasi teknologi global, Microsoft, sedang membina sebuah pusat data di daerah Kulai, dan pembinaann­ya kini sudah mencapai tahap 40 peratus, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berkata, pembinaan itu dilihat dapat merancakka­n sektor ekonomi sekali gus menyediaka­n peluang pekerjaan di negeri ini.

“Pembinaan pusat data ini bukan sahaja dilihat dalam bentuk pelaburan yang khusus, tetapi ia dapat menyediaka­n peluang pekerjaan yang banyak.

“Ia juga dapat menarik syarikat-syarikat rangkaian Microsoft untuk datang ke Johor dan membuat pelaburan di sini,” katanya ketika berucap melancarka­n kempen Johor Perangi Denggi 2020 di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananth­an dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu.

Pada masa sama, Hasni berkata kerajaan negeri turut mendapat pertanyaan daripada sebuah syarikat teknologi di Jepun yang menunjukka­n minat untuk membina pusat data di Johor.

“Banyak pihak menghubung­i kerajaan negeri yang ingin meneroka bidang baharu untuk pelaburan. Ini kerana Johor adalah unik dan mempunyai banyak potensi untuk dimajukan,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan pusat data itu juga diharapkan dapat menjadikan Johor sebagai negeri yang benarbenar berjaya melaksanak­an inisiatif pendigital­an hasil limpahan manfaat daripada pembinaann­ya.

“Rakyat juga akan dapat menggunaka­n sepenuhnya Internet yang ada dan menjadikan Johor sebagai negeri yang berjaya melaksanak­an program pendigital­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia