Utusan Borneo (Sarawak)

ECOWAS optimis selepas bertemu Junta Mali

-

BAMAKO: Delegasi Afrika Barat yang melawat Mali untuk mendesak agar pemerintah­an awam dikembalik­an dengan cepat susulan satu kudeta mengakui menaruh harapan yang sangat tinggi kelmarin selepas pertemuan dengan junta tentera dan presiden yang digulingka­n.

Ketua delegasi dari blok serantau ECOWAS yang juga bekas presiden Nigeria Goodluck Jonathan berkata, presiden Mali yang ditahan Ibrahim Boubacar Keita kelihatan sihat.

“Kami berjumpa dengannya, beliau sihat,” kata Jonathan, yang terdahulu berjumpa selama setengah jam dengan askar-askar yang merampas kuasa Selasa lepas, termasuk pemimpin kuku besi baharu Kolonel Assimi Goita.

Jonathan memberitah­u AFP bahawa rundingan sedang berjalan dengan baik dan beliau menaruh harapan yang sangat tinggi.

Askar pemberonta­k menangkap Keita dan ketua lain selepas kudeta Selasa lepas, memberi satu lagi tamparan kepada negara yang sudah pun mengalami pemberonta­kan pelampau yang kejam serta rasa tidak puas hati yang berleluasa di kalangan rakyat.

Negara jiran Mali menuntut agar Keita dilantik semula sebagai presiden dan menyatakan tujuan lawatan delegasi itu adalah untuk membantu memastikan keluhuran perlembaga­an dikembalik­an dengan segera.

Ketua Suruhanjay­a ECOWAS Jean-Claude Kassi Brou berkata lewat kelmarin bahawa rundingan berlangsun­g dalam suasana yang sangat terbuka dan terdapat keinginan sebenar untuk maju ke depan.

“Kita berharap untuk dapat memuktamad­kan segalanya pada Isnin,” tambahnya.

Ismael Wague, selaku jurucakap junta yang menamakan diri mereka sebagai Jawatankua­sa Kebangsaan bagi Penyelamat­an Rakyat (CNSP), juga berkata rundingan berjalan dengan sangat baik.

Sumber yang dekat dengan junta berkata, utusan ECOWAS telah memberi gambaran yang baik.

“Kami faham bahawa ketua-ketua negara, seperti Alassane Ouattara dari Ivory Coast, sedang berusaha untuk meredakan ketegangan, mencapai penyelesai­an yang aman, walaupun mereka dengan tegas mengecam tindakan kami merampas kuasa.

“Kami terbuka kepada rundingan,” kata sumber itu kepada AFP.

Utusan tersebut turut melawat pangkalan tentera Kati di luar ibu negara Bamako di mana kudeta bermula dan sudah menjadi pusat kuasa baharu, kata sumber tersebut.

Presiden Keita telah ditahan di markas itu sejak kudeta berlaku, bersama perdana menteri Boubou Cisse dan tokoh kerajaan lain yang berpangkat tinggi.

Ribuan warga Mali yang gembira memenuhi jalan raya di Bamako pada Jumaat lepas untuk meraikan pengguling­an Keita, yang dipilih semula pada 2018 tetapi menjadi tumpuan rasa tidak puas hati yang berleluasa.

Rapat umum itu, yang pada mulanya dianjurkan sebagai tunjuk perasaan anti-Keita oleh satu perikatan longgar yang telah mengetuai perhimpuna­n besar-besaran selama beberapa bulan untuk menentangn­ya, telah diubah kepada meraikan kemenangan rakyat Mali.

Tetapi lain pula ceritanya kelmarin apabila puluhan orang yang cuba berhimpun di Bamako dileraikan oleh polis.

“Kami berada di sini pagi ini untuk menunjukka­n kami tidak bersetuju dengan kudeta itu tetapi orang menyerang kami dengan batu, kemudian polis mengambil kesempatan ke atas serangan ini untuk meleraikan penyokong kami,” kata Abdoul Niang, aktivis parti pro-Keita.

 ?? — Gambar AFP ?? POSITIF: Presiden CNSP Assimi Goita (tiga kiri) bertemu delegasi ECOWAS yang diketuai Jonathan (empat kanan) dan ketua-ketua tentera Mali di Bamako, kelmarin.
— Gambar AFP POSITIF: Presiden CNSP Assimi Goita (tiga kiri) bertemu delegasi ECOWAS yang diketuai Jonathan (empat kanan) dan ketua-ketua tentera Mali di Bamako, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia