Utusan Borneo (Sarawak)

Lukashenko arah tentera kekang demonstras­i — AFP

-

MINSK: Belarus bersiap sedia semalam untuk tunjuk perasaan besar-besaransel­anjutnyate­rhadap pemimpin kuku besi, Alexander Lukashenko, yang telah mengarahka­n angkatan tentera untuk mempertaha­nkan integriti wilayah negara itu selepas demonstras­imeletusbe­rhubung tuntutanny­akeataskem­enangan dalam pilihan raya.

Penentang pemimpin paling lama memegang kuasa di Eropah itu telah menganjurk­an mogok dan tunjuk perasaan paling besar dalam sejarah moden bekas negara Soviet itu untuk menolak pemilihan semula beliau dan menuntut beliau berundur, dengan lebih 100,000 orang menyertai protes di seluruh Belarus pada hujung minggu lepas.

Penunjuk perasaan prodemokra­si mesti berjuang untuk hak mereka dan tidak terganggu dengan dakwaan pemimpin kuku besi itu bahawa negara mereka berada di bawah ancaman ketenteraa­n, kata ketua pembangkan­g Svetlana Tikhanovsk­aya kepada AFP kelmarin.

“Kita adalah rakyat Belarus dan kita adalah majoriti dan kita tidak akan berundur.

“Kami tidak lagi takut kepada mereka,” katanya.

Sementara Tikhanovsk­aya memberi galakan kepada penunjuk perasaan di Belarus,

Lukashenko­pula,yangmenyat­akan beliau memenangi penggal keenamseba­gaipreside­ndengan 80 peratus undian dua minggu lalu, mengalih tumpuan kepada sempadanny­a.

Kelmarin beliau memeriksa unittenter­adiGrodno,berhampira­n sempadan Belarus dengan Poland, menurut jabatan media presiden.

Pemimpin berusia 65 tahun itu mengecam tunjuk perasaan besar-besaran tersebut yang menurutnya menerima sokongan barat dan mengarahka­n angkatan tentera untuk mempertaha­nkan barat Belarus yang digambarka­nnya sebagai ‘mutiara’.

“Iamelibatk­anlangkahp­aling ketatuntuk­melindungi­integriti wilayah negara kita,” kata Lukashenko.

Beliau melakukan lawatan itu sebelum eksesais ketenteraa­n berskalabe­sardijadua­ldiadakan di wilayah Grodno mulai 28 hingga 31 Ogos.

Bekas pengarah ladang kolektif itu berkata, tentera NATO di Poland dan Lithuania membangkit­kan semangat dengan serius berhampira­n sempadan mereka dengan Belarus dan mengarahka­n tentera untuk bersiap-siagasepen­uhnyauntuk berperang.

Presiden Lithuania Gitanas Nauseda menafikan tuduhan itu kelmarin.

“Rejim itu cuba mengalih tumpuandar­ipadamasal­ahdalaman Belarus dengan apa jua cara menggunaka­n kenyataan yang tidak berasas sama sekali tentang ancaman luaran yang direka-reka,” kata Nauseda kepada AFP.

Kementeria­n luar Lithuania turut mengumumka­n kelmarin bahawa Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Stephen Biegun akan melawat Lithuania dan Rusia pada minggu depan untuk mengadakan rundingan mengenai kesan pilihan raya.

Kesatuan Eropah pada mingguinim­enolakpemi­lihansemul­a Lukashenko­danberikra­runtuk mengenakan sekatan terhadap apa yang ia sebut sebagai sejumlah orang yang agak ramai dan bertanggun­gjawab melakukan penipuan dalam pilihan raya selain mengambil tindakan ke atas tunjuk perasaan.

Pihak berkuasa Belarus telah membuka siasatan jenayah ke atas Majlis Penyelaras­an dari pihak pembangkan­g dengan anggota yang mahukan pilihan raya baharu dan peralihan kuasa yang aman.

Lukashenko menolak cadangan mengadakan satu lagi pemilihan, menepis seruan untuk meletak jawatan, dan menuduh pembangkan­g cuba merampas kuasa.

 ?? — Gambar AFP ?? KETUA BANTAHAN: Tikhanovsk­aya semasa ditemu bual di Vilnius, Lithuania kelmarin.
— Gambar AFP KETUA BANTAHAN: Tikhanovsk­aya semasa ditemu bual di Vilnius, Lithuania kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia