Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh wartawan Mexico dipenjara 50 tahun – AFP

-

KOTA MEXICO: Seorang hakim di Mexico telah menjatuhka­n hukuman penjara 50 tahun ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah mengarahka­n pembunuhan wartawan terkemuka Miroslava Breach pada 2017, keputusan bersejarah di salah sebuah negara paling berbahaya di dunia bagi media.

Hukuman ke atas Juan Carlos Moreno, juga dikenali sebagai ‘El Larry’, diumumkan pejabat pendakwa raya kelmarin.

Dia disabit bersalah sebagai dalang pembunuhan Breach, antara beberapa pembunuhan media seumpamany­a yang berjaya diselesaik­an di negara itu.

Mexico kerap ditakrif badan pemantau kewartawan­an Reporters Without Borders sebagai salah sebuah negara paling bahaya di dunia bagi wartawan.

Breach, yang membuat liputan berita tentang perang dadah di negara itu, merupakan seorang daripada 11 wartawan yang dibunuh pada 2017.

Lebih 100 sudah dibunuh sejak 2000, tetapi 90 peratus daripada pembunuhan tersebut masih belum berjaya diselesaik­an.

Pendakwa raya dalam satu kenyataan menyebut bahawa hukuman penjara 50 tahun itu telah menetapkan contoh dalam kes yang melibatkan jenayah terhadap kebebasan bersuara dan hukuman paling lama setakat ini bagi jenayah sedemikian.

Propuesta Civica, pertubuhan bukan kerajaan yang mendokong hak asasi manusia dan kebebasan bersuara berkata, hukuman Moreno merupakan satu contoh yang penting dalam usaha menentang jenayah terhadap wartawan yang tidak dikenakan hukuman di negara yang paling ganas ini untuk media.

Tetapi pertubuhan itu menuntut siasatan selanjutny­a ke atas orang lain yang terlibat dalam pembunuhan Breach, selain inkuiri ke atas kemungkina­n bahawa pegawai kerajaan semasa di Chihuahua turut terlibat.

Breach, 54, pemberita politik dan jenayah veteran bagi dua akhbar La Jornada dan Norte de Juarez, dijumpai mati di dalam keretanya dengan luka tembakan di bahagian kepala pada 23 Mac di negeri Chihuahua.

Salah satu laporan terakhirny­a adalah mengenai peperangan di antara dua ‘capo’ (ketua kumpulan samseng) yang bermusuhan dalam kartel dadah Juarez.

Pendakwa raya berkata. dia dibunuh dengan niat selepas dihantar mesej ugutan yang bertujuan meninggalk­an kesan ke atas kebebasan bersuarany­a.

Ramon Zavala, yang dikehendak­i kerana didakwa lelaki bersenjata yang menembak Breach, dibunuh pada hujung 2017 oleh penyerang tidak dikenali.

Pada 2018 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan AFP melancarka­n sebuah anugerah untuk memberi penghormat­an kepada wartawan yang menggadai nyawa untuk membuat liputan berita tentang pencabulan hak asasi manusia di Mexico sebagai penghormat­an kepada Breach dan seorang lagi wartawan yang dibunuh Javier Valdez.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia