Utusan Borneo (Sarawak)

‘Bahagia Sejati’ tampilkan Hazamin Inteam dan Shamsul Ghau Ghau

-

KUMPULAN Dzil Afnan baru-baru ini membuat kemunculan semula dengan single ‘Bahagia Sejati’ yang turut menampilka­n Hazamin Inteam dan Shamsul Ghau Ghau.

Menyebut nama kumpulan Dzil Afnan mungkin ramai yang tidak mengetahui kumpulan ini sudah pun bertapak di dalam industri nasyid hampir 15 tahun. Kumpulan yang berasal dari utara tanah air ini telah pun ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai album sebelum ini berjudul ‘Langkah Pertama’.

Walaupun album pertama mereka kurang mendapat sambutan, namun kumpulan ini tidak putus asa bahkan terus merangka strategi dengan menghasilk­an single baharu berjudul Bahagia Sejati.

Pembikinan lagu Bahagia Sejati ini dilaksanak­an di Studio Inteam dengan menggunaka­n khidmat saudara Wan Saleh sebagai penyusun muzik dan menampilka­n Shah Slam sebagai pemain gitar utama.

Video muzik lagu ini menampilka­n kisah seorang yang kaya dan sibuk dengan kerjaya, namun tidak dapat merasai kebahagiaa­n hati yang akhirnya mendapat pengajaran apabila melihat ketenangan hidup seorang peniaga kecilkecil­an.

Lakonan dalam muzik video ini dijayakan sendiri oleh Shamsul Ghau Ghau dan Hazamin Inteam serta kumpulan Dzil Afnan.

Kumpulan Dzil Afnan turut melancarka­n pertanding­an ‘Bahagia Sejati Cover Challenge’ iaitu pertanding­an nyanyian semula lagu tersebut di media sosial dan menawarkan hadiah utama RM300 dan penginapan di sebuah homestay di Cameron Highland.

Single Bahagia Sejati telah pun dilancarka­n pada 7 Ogos yang lalu di rangkaian Youtube Inteam Digital dan sudah mencecah lebih 40,000 tontonan, serta di semua platform digital yang lain seperti Spotify, Deezer, Joox, KKbox, Apple music dan lain-lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia