Utusan Borneo (Sarawak)

Polis buka kertas siasatan menteri ingkar kuarantin

Sebanyak 27 laporan polis telah diterima setakat ini

-

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki, pada 7 Julai lepas.

“Polis telah membuka fail siasatan terhadap kes ini,” katanya dalam jawapan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama TV semalam.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundanga­n) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalath­rash Wahid, sebanyak 27 laporan polis telah diterima berhubung perkara berkenaan setakat ini.

“Pihak polis melakukan siasatan terhadap Mohd Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Kelmarin Kementeria­n Kesihatan (KKM) dalam kenyataan media memaklumka­n

Pihak polis melakukan siasatan terhadap Mohd Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

DCP Mior Faridalath­rash Wahid

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundanga­n) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

kementeria­n itu mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lepas, atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Mohd Khairuddin telah menjelaska­n kompaun itu.

Mohd Khairuddin dilaporkan pulang dari Turki pada 7 Julai dan sampel nasopharyn­geal swab kali pertama telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif. Ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukka­n keputusan negatif.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa, Mohd Khairuddin tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.

Ekoran itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankua­sa Pusat PAS, telah dikritik banyak pihak kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa, khasnya mengingkar­i arahan kuarantin bagi mana-mana warganegar­a Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara.

Dalam satu kenyataan berasingan kelmarin, Mohd Khairuddin pula memberitah­u beliau akan memulangka­n gaji sebagai menteri bagi Mei hingga Ogos, sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia