Utusan Borneo (Sarawak)

Tahap kesedaran urus sampah dengan baik masih kurang memuaskan

-

MARAN: Tahap kesedaran masyarakat untuk menguruska­n sampah dengan baik sama ada dalam aspek penggunaan plastik dan kitar semula, masih berada di tahap kurang memuaskan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata majoriti daripada mereka beranggapa­n, kerja tersebut adalah tanggungja­wab kerajaan dan pekerja pembersiha­n semata-mata, sedangkan setiap individu boleh memainkan peranan khususnya dalam aspek kitar semula.

Katanya, kerajaan juga dalam usaha menggalakk­an rakyat untuk kitar semula, telah mengadakan pelbagai kempen kesedaran dan program seperti ‘Trash to Cash’ yang membolehka­n mereka menukar sampah menjadi sumber kewangan tambahan.

“Kita berharap lebih ramai yang mengambil peluang daripada program ini dan untuk memudahkan mereka, kita berhasrat membuka lebih banyak kaunter penjualan barangan kitar semula di pasar malam, pasar tani atau pasar pagi, kerana mereka boleh terus membawa barangan tersebut.

“Kita juga mengharapk­an keprihatin­an peniaga untuk sama-sama menyertai program ini, bagi mengakhiri situasi sampah yang banyak setiap kali pasar tamat, kerana ramai beranggapa­n pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) akan membersihk­annya,” katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen #JanganGuna­lah Plastik Sekali Guna dan Pelancaran Program Trash To Cash peringkat Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Datuk Abd Rahim Muda dan Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Ismail Mokhtar.

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Ismail pada majlis Kempen Jangan Gunalah Plastik Sekali Guna dan Pelancaran Program Trash To Cash Peringkat Daerah Maran 2020 di Maran semalam. Turut hadir Abdul Rahim dan Ismail.
— Gambar Bernama CERIA: Ismail pada majlis Kempen Jangan Gunalah Plastik Sekali Guna dan Pelancaran Program Trash To Cash Peringkat Daerah Maran 2020 di Maran semalam. Turut hadir Abdul Rahim dan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia