Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan kimia Kelantan bakal jadi Pusat Analisis Ketum Zon Timur

-

KOTA BHARU: Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Kelantan di Kampung Telok di Panji di sini dijangka dijadikan Pusat Analisis Ketum Zon Timur menjelang tahun 2022, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata perkara tersebut telah dicadangka­n pihak Jabatan Kimia Kelantan memandangk­an berlakunya lambakan kes ketum di negeri ini yang menyumbang 40 peratus tangkapan kes dadah di

Kelantan.

“Perkara ini dicadangka­n sendiri oleh Jabatan Kimia Kelantan memandangk­an perkembang­an semasa yang berlaku di sini. Dengan adanya hasil kajian daripada pihak Jabatan Kimia ini, ia akan banyak membantu pelbagai pihak.

“Kita di bawah Jabatan Kimia sendiri ada beberapa pusat antaranya ialah Pusat Analisis DNA, Pusat Analisis Air dan kini dicadangka­n pula pusat untuk analisis ketum,” katanya kepada pemberita bersempena perasmian bangunan Jabatan Kimia Kelantan. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Mohamed Zaini Abdul Rahman.

Bangunan tersebut digunakan sejak 10 tahun lepas dengan melibatkan kos pembinaan sebanyak RM31.7 juta.

Ahmad Amzad berharap dengan adanya pusat-pusat analisis penting itu akan menyerlahk­an lagi peranan jabatan yang kini sudah berusia 111 tahun.

“MOSTI melihat peranan yang dimainkan Jabatan Kimia Malaysia Kelantan penting selaras dengan perkembang­an pembanguna­n yang akan memerlukan lebih banyak perkhidmat­an berkait jabatan kimia,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Zaini dalam ucapannya berkata bagi tahun 2018 dan 2019, Jabatan Kimia Kelantan telah menerima masingmasi­ng 2,477 dan 2,492 kes dengan jumlah keseluruha­n sebanyak 24 tan, tidak termasuk lima tan untuk tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia