Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas terhadap pihak pasang bendera terbalik: Shabudin — Bernama

-

BUTTERWORT­H: Kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik kerana ia merupakan pengkhiana­tan terbuka kepada negara tercinta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Shabudin Yahya berkata perbuatan memasang Jalur Gemilang terbalik atau merosakkan bendera yang dilihat masih berlaku ketika ini sebenarnya lebih daripada sekadar suatu tingkah laku buruk dan tidak bermoral.

“Perbuatan tersebut sebenarnya boleh dianggap sebagai satu ideologi yang cuba disebarkan oleh individu atau kumpulan tertentu ketika ini dan ia amat bercanggah dengan hasrat kita untuk terus mendaulatk­an negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang dengan kerjasama pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Bagan Ajam di sini, semalam.

Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor pada program itu turut menyerahka­n Jalur Gemilang kepada sekolah, masjid, organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan serta menyampaik­an sumbangan bantuan barangan keperluan kepada penduduk kurang berkemampu­an di kawasan Bagan Ajam.

Mengulas lanjut, Shabudin berkata kerajaan tidak akan berkomprom­i dan bersedia untuk mengambil sebarang tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja berbuat demikian kerana ia disifatkan seperti pengkhiana­tan terhadap kedaulatan negara.

“Kalau perbuatan itu dibiarkan, mungkin akan sampai ke suatu tahap yang lebih meruncing kepada institusi negara, jadi kita tidak akan membiarkan pengkhiana­tpengkhian­at ini menyebarka­n ideologi mereka kerana ia jelas menyalahi prinsip kedaulatan negara yang kita junjung selama ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Lim Ann Teck yang turut hadir pada majlis itu berkata pelbagai program dianjurkan pihaknya sepanjang bulan ini bagi menyambut bulan kebangsaan dalam usaha meningkatk­an semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya sehingga kini, pihaknya telah melaksanak­an hampir 90 peratus daripada keseluruha­n 120 aktiviti yang dirancang bersempena program Merdeka@Komuniti dan ‘Informatio­n on Wheel’ (IOW) sepanjang sambutan bulan kebangsaan ini.

“Semua aktiviti yang kami jalankan juga mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan masih mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada orang ramai,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Shabudin (tengah) ketika beramah mesra dengan peserta konvoi pada Program Merdeka@Komuniti Peringkat Parlimen Tasek Gelugor di Butterwort­h, semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Shabudin (tengah) ketika beramah mesra dengan peserta konvoi pada Program Merdeka@Komuniti Peringkat Parlimen Tasek Gelugor di Butterwort­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia