Utusan Borneo (Sarawak)

2,729 peniaga dikenakan tindakan langgar Akta Timbang dan Sukat 1972 — Bernama

-

KUALA BERANG: Seramai 2,729 peniaga dikenakan tindakan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak Januari hingga kini kerana melanggar Akta Timbang dan Sukat 1972 melibatkan nilai kompaun sebanyak RM378,500.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata tindakan itu adalah hasil pemeriksaa­n di 337,546 buah premis seluruh negara dan menerusi pemeriksaa­n itu juga pihaknya merampas alat timbangan dengan nilai keseluruha­n RM349,600.

“Ia melibatkan pelbagai kesalahan yang dilakukan peniaga di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, termasuk menggunaka­n alat timbang dan sukat yang tidak ditentukur­kan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an alat timbang dan sukat digital kepada 29 peniaga gerai kecil di sekitar Kampung Gaung, di sini semalam.

Rosol turut mengingatk­an para peniaga supaya tidak membeli alat timbang dan sukat secara dalam talian kerana kebanyakan­nya tidak ditentukur­kan untuk aktiviti perniagaan.

“Memang alat tersebut kalau beli secara dalam talian lebih murah tetapi tidak ditentukur­kan kerana kebanyakan­nya diimport dari luar negara. Peniagadin­asihatkanm­embelialat timbang dan sukat yang telah ditentukur­kan di kedai-kedai diiktiraf oleh kementeria­n (KPDNHEP),” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu menzahirka­n penghargaa­n kepada para perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang telah mengundi dan memilih beliau sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti kelmarin.

“Terima kasih tidak terhingga kepada yang telah memberi kepercayaa­n kerana saya orang baharu dalam parti dan masih tidak ada pengalaman dalam parti ini. Ini satu tanggungja­wab dan bukannya untuk dibanggaka­n. Saya janji akan bantu Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memperkasa­kan parti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia