Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 10 kes baharu direkod semalam, lapan kes import — Bernama

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam melibatkan lapan kes import dan selebihnya kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 9,267 kes, dengan kes aktif kebolehjan­gkitan berjumlah 183 kes.

Dr Noor Hisham berkata lapan kes import yang dilaporkan membabitka­n tiga warga tempatan dan lima bukan warganegar­a.

“Lapan kes import tersebut adalah dari negara Jepun dengan tiga kes di Sarawak, Indonesia dengan tiga kes (dua kes di Selangor dan satu kes di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur), Republik Maldives dengan satu kes di

Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Mexico dengan satu kes di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

“Kedua-dua kes penularan di dalam negara melibatkan warga Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 10 kes pulih daripada COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sebanyak 8,959 kes iaitu 96.7 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Beliau berkata tiada kes kematian dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruha­n kes maut bagi virus itu kekal 125 kes.

Katanya sehingga kini, sembilan kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai perincian Kluster Tawar, Kedah, Dr Noor Hisham memaklumka­n dua kes baharu bagi kluster tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 Kluster Tawar meningkat kepada 65 kes.

“Sehingga hari ini (semalam) jam 12 tengah hari, seramai 3,286 orang telah disaring dalam kluster ini. Di Kedah seramai 2,758 disaring dengan 54 kes dikesan positif manakala 2,362 individu negatif dan 342 individu masih menunggu keputusan.

“Di Pulau Pinang, seramai 517 disaring dengan 11 kes dikesan positif manakala 506 individu negatif. Di Perak pula, kesemua 11 saringan adalah negatif dan tiada saringan baharu,” katanya. Sementara itu, bagi Kluster Alam, Sarawak, tiga kes baharu telah dilaporkan dalam kluster ini dan sejumlah 27 orang telah disaring sehingga jam 12 tengah hari, semalam.

“Daripada jumlah ini, tujuh kes dikesan positif manakala 18 individu negatif dan dua individu masih menunggu keputusan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia