Utusan Borneo (Sarawak)

Rennes mulakan musim baharu Ligue 1 dengan satu mata

Pencabar baharu dalam Liga Juara-Juara itu seri 1-1 dengan Lille, Angers kutip tiga mata penuh pada perlawanan awal

-

PARIS, Perancis: Rennes, yang akan beraksi dalam pertanding­an Liga JuaraJuara buat kali pertama dalam sejarah mereka musim ini, memulakan musim baharu Ligue 1 Perancis dengan keputusan seri 1-1 di Lille pada Sabtu.

Jonathan Bamba membuka jaringan buat Lille hasil umpanan Xeka, lima minit selepas Rennes beraksi dengan 10 pemain selepas Sacha Boey dibuang padang ekoran kekasaran ke atas Reinildo.

Reinildo kemudian dibuang padang dua minit sebelum rehat kerana terjahan keras ke atas Raphinha, menyebabka­n saingan kembali terbuka.

Rennes berjaya menjaringk­an gol penyamaan menerusi gol Damien Da Silva, yang menyempurn­akan tolakan Eduardo Camavinga.

Camavinga, 17, berikrar untuk terus kekal di Rennes pada Jumaat lalu walaupun laporan minat dari Real Madrid untuk pemain tengah muda berbakat itu.

Dalam pada itu, Lille ternyata merasai ketiadaan penyerangn­ya, Victor Osimhen, yang berpindah ke kelab Serie A Itali, Napoli pada bulan lepas dengan yuran perpindaha­n 81.3 jua euro, dengan gol Bamba adalah satu-satu cubaan tepat mereka ke pintu gol lawan.

Pada perlawanan awal, Angers memulakan musim baharu dengan memberangs­angkan apabila menewaskan Dijon 1-0 menerusi gol Ismael Traore dalam separuh masa pertama.

Traore menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit ke-21 perlawanan di Stade Gaston Gerard selepas rembatan Sada Thioub terkena palang dan melantun ke arahnya.

“Saya sememangny­a gembira dengan keputusan ini tetapi juga dengan cara kami menguasai permainan. Dijon tidak benar-benar merisaukan kami,” kata jurulatih pasukan Angers, Stephane Moulin.

Keadaan semakin buruk buat Dijon apabila pemain pertahanan­nya, Ngonda Muzinga mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama, memburukka­n lagi krisis kecederaan di kelab itu.

Minggu pertama musim baharu Ligue 1 menyaksika­n beberapa kelab besar belum

Saya sememangny­a gembira dengan keputusan ini tetapi juga dengan cara kami menguasai permainan. Dijon tidak benar-benar merisaukan kami.

Stephane Moulin

Jurulatih Angers

beraksi selepas juara bertahan, Paris Saint Germain (PSG) melangkah ke final dan Lyon ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Beberapa kes positif koronaviru­s (COVID-19) di kelab Marseille menyebabka­n perlawanan pembukaan menentang Saint Etienne ditangguhk­an.

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Lille dan Rennes di Stadium Pierre Mauroy.
— Gambar AFP RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Lille dan Rennes di Stadium Pierre Mauroy.
 ?? — Gambar AFP ?? LANGKAH KANAN: Aksi perlawanan di antara pasukan Dijon FCO dan Angers di Stadium Gaston Gerard di Dijon.
— Gambar AFP LANGKAH KANAN: Aksi perlawanan di antara pasukan Dijon FCO dan Angers di Stadium Gaston Gerard di Dijon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia