Utusan Borneo (Sarawak)

Suarez terdesak untuk terus kekal di Barca

-

PARIS, Perancis: Penyerang Barcelona, Luis Suarez, berkata beliau terdesak untuk terus kekal di kelab dan bersedia untuk menerima peranan sebagai pemain sokongan di kelab.

Presiden kelab, Jose Maria Bartomeu berkata pada minggu ini bahawa skuadnya akan menjalani rombakan besar-besaran pada musim panas, yang bermakna beberapa 'pemain legenda' kelab akan mengucapka­n selamat jalan.

Bartomeu menamakan beberapa pemain yang tidak dibenarkan pergi selepas Barca dimalukan 2-8 oleh Bayern Munich di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, termasuk bintang utamanya, Lionel Messi tetapi nama Suarez, yang mempunyai kontrak sehingga 2021, tidak dinyatakan.

Suarez, 33, meminta kelab untuk memberitah­u terus kepadanya jika mereka mahu beliau pergi dari kelab dan berkata sehingga ia berlaku, beliau akan tetap berusaha untuk tempat di kelab.

"Ada cakap-cakap tentang nama-nama yang disebut oleh presiden dan tentang perubahan yang akan berlaku tetapi tiada siapa di kelab telah memberitah­u bahawa mereka mahu menyingkir­kan saya," kata penyerang antarabang­sa Uruguay itu.

"Jika ia adalah apa yang kelab mahukan, ia adalah bagus jika mereka yang membuat keputusan boleh berhubung terus dengan saya. Ia lebih baik dengan cara ini berbanding membocorka­n nama kepada media. Saya mahu yang terbaik untuk pasukan dan hasrat saya ialah untuk terus kekal.

"Saingan untuk tempat dalam kesebelasa­n utama adalah sengit dan jika jurulatih baharu (Ronald Koeman) merasakan saya harus bermula di bangku simpanan, saya tidak mempunyai masalah."

Suarez, yang sudah berada di Barca selama enam tahun dan baru-baru ini menjadi penjaring gol ketiga terbanyak kelab dengan 198 gol, juga mempunyai satu pesanan kepada mereka yang mencadangk­an bahawa masa beliau di peringkat tertinggi kelab sudah berakhir.

Temu bual Bartomeu minggu lepas merujuk beberapa pemain berusia di kelab termasuk Suarez, Jordi Alba, Sergio Busquets, Ivan Rakitic danSergio Busquets yang dikatakan berada dalam senarai disingkirk­an.

Bagaimanap­un, Koeman berkata usia bukan faktor keputusann­ya apabila melibatkan perubahan skuad.

 ??  ?? SUAREZ
SUAREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia