Utusan Borneo (Sarawak)

PERATUSAN PENSIJILAN MSPO DI SARAWAK MASIH RENDAH

21,606 Pekebun Kecil Persendiri­an dengan tanah seluas 129,783.34 hektar masih belum mendapat pensijilan: Willie

-

KUCHING: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) mendapati pencapaian mandatori semakan pemula piawaian MSPO di Sarawak masih rendahiait­u 21,606 Pekebun Kecil Persendiri­an (PKP) dengan tanah seluas 129,783.34 hektar masih belum mendapat pensijilan.

Timbalan Menteri KPPK Willie Mongin dalam kenyataann­ya semalam, berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati peratusan pensijilan MSPO dalam kalangan PKP rendah di kelompok Q8 (Pantu, Bukit Begunan, Lingga dan Simanggang), Q22 (Marudi) dan Q30 (Sebauh).

“Bagi mengukuhka­n lagi pensijilan MSPO, surat amaran mandatori MSPO akan mula diedarkan kepada pemegang lesen SH (pekebun kecil) yang masih belum mendaftar kerana pensijilan itu diwajibkan bermula 1 Januari 2021.

“Untuk tujuan MSPO yang sedang dilaksanak­an, penanaman di kawasan Zon Penampan Sungai (Riparian Zone) dan di kecerunan melebihi 25 darjah adalah bercanggah dengan konsep High Conservati­on Values (HCV) yang akan dimasukkan dalam piawaian pensijilan MSPO.

“Justeru, bagi mengelak penarikan balik pensijilan MSPO dalam kalangan PKP Sarawak, mereka akan diberikan peringatan tentang peraturan ini,” tegasnya semasa mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak di sini semalam.

Bagaimanap­un, sehingga 31 Julai 2020, seramai 17,785 PKP dengan keluasan tanah 99,354.46 hektar dalam 34 Kelompok Minyak Sawit (SPOC) telah memperoleh pensijilan

Willie Mongin

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

MSPO.

Program Biodiesel B20 tegasnya, sektor pengangkut­an (adunan 20 peratus biodiesel sawit dengan 80 peratus petroleum) pula akan mula dilaksanak­an di Sarawak pada 1 September 2020.

Pelaksanaa­n Program Biodiesel B20 di sektor pengangkut­an berupaya mewujudkan pertambaha­n penggunaan CPO sebanyak 534,000 tan setahun kepada 1.06 juta tan setahun berbanding penggunaan sebanyak 534,000 tan dalam Program

Biodiesel B10 ketika ini.

Pada masa yang sama, beliau meluahkan rasa puas hati atas kerjasama erat dengan kerajaan negeri dalam menyelesai­kan isu-isu berbangkit bagi memastikan kelangsung­an sektor agrikomodi­ti di Sarawak seperti sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, sagu dan kenaf.

Selain MSPO, pelaksanaa­n program Biodiesel B20: Sektor Pengangkut­an, Insentif Pengeluara­n Getah (IPG) dan potensi penanaman lada.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) juga tambahnya, akan menambah baik dan memperluas­kan kaedah tuntutan IPG khususnya bagi pekebun kecil yang tinggal jauh di pedalaman berikutan kurang prasarana komunikasi di Sarawak.

Pihak KPPK menerusi Lembaga Lada Malaysia( LLM) akan turut mempelawa manamana syarikat yang berminat menceburi penanaman lada demi menggerakk­an industri lada untuk lebih berdaya saing.

“Ini kerana keluasan kawasan penanaman lada pada 2019 adalah 7,132 hektar dengan jumlah pengeluara­n 33,164 tan diusahakan pekebun-pekebun kecil tempatan.

“KPPK berharap dapat meningkatk­an kerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha membantu pekebun kecil meningkatk­an pendapatan melalui penghasila­n sawit yang berkualiti seterusnya melonjakka­n lagi penjualan hasil komoditi negara,” ujarnya.

Bagi mengukuhka­n lagi pensijilan MSPO, surat amaran mandatori MSPO akan mula diedarkan kepada pemegang lesen SH (pekebun kecil) yang masih belum mendaftar kerana pensijilan itu diwajibkan bermula 1 Januari 2021.

 ??  ??
 ??  ?? TANDA INGATAN: Uggah (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Willie (empat kiri) yang turut disaksikan (dari kiri) Datuk Dr Zairissani, Stanley Liew, Ravi dan Edwin Abit.
TANDA INGATAN: Uggah (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Willie (empat kiri) yang turut disaksikan (dari kiri) Datuk Dr Zairissani, Stanley Liew, Ravi dan Edwin Abit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia