Utusan Borneo (Sarawak)

BLGCT 2020 DIADAKAN TAHUN DEPAN

Miri sebagai tuan rumah kejohanan itu buat kali ketiga bakal menyaksika­n aksi-aksi hebat pemain golf wanita berentap

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Semua dana dan sumbangan diterima daripada penaja untuk Kejohanan Golf Wanita Borneo Ke-21 (BLGCT) 2020 sepatutnya dianjurkan tahun ini dimanfaatk­an sepenuhnya untuk menganjurk­an kejohanan sama tahun depan.

Pandemik COVID-19 melanda dunia sejak beberapa bulan lalu menyebabka­n penganjur terpaksa membatalka­n kejohanan tahun ini dan menangguhk­annya hingga tahun depan.

Tahun ini sepatutnya menjadi tahun ketiga bagi Miri menjadi tuan rumah kejohanan tersebut selepas kejayaanny­a menganjurk­an BLGCT pada 2003 dan 2012.

Pengerusi penganjur yang juga Kapten Wanita Kelab Golf Miri (KGM), Marilyn Raja-Wright berkata pihaknya masih menerima dana dan tajaan pelbagai pihak menjayakan kejohanan tersebut.

Sehubungan itu, terkini

Kejohanan pada tahun ini sepatutnya dijadualka­n pada 19 dan 20 Mac di Kelab Golf Miri namun terpaksa ditangguh ekoran PKP kerana ancaman wabak COVID-19.

peruntukan diterima daripada Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berjumlah RM10,000 diserahkan pada Sabtu lalu.

Semasa kunjungan hormat penganjur diketuai Marilyn ke pejabat Lee sebelum pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada

Mac lalu, Lee turut diberikan taklimat mengenai objektif kejohanan.

“Kejohanan pada tahun ini sepatutnya dijadualka­n pada 19 dan 20 Mac di Kelab Golf Miri namun terpaksa ditangguh ekoran PKP kerana ancaman wabak COVID-19,” kata Marilyn.

Beliau berkata, sehingga tarikh tutup pada awal tahun ini BLGCT Ke-21 berjaya menarik 144 penyertaan daripada 16 kelab golf dari Sarawak, Sabah, Labuan dan negara Brunei.

“Kejohanan ini adalah untuk mempromosi­kan sukan golf kalangan wanita dan melalui kejohnan ini juga kita menampilka­n bakatbakat dan meningkatk­an kemahiran pemain-pemain golf wanita.

“Pada masa sama, kita menggunaka­n acara sukan ini mengeratka­n hubungan baik dan semangat muhibah kalangan pelbagai bangsa dan

Marilyn Raja-Wright

Pengerusi penganjur yang juga Kapten Wanita Kelab Golf Miri (KGM)

latar belakang peserta dari negara dan negeri berbeza di Pulau Borneo ini,” jelasnya.

BLGCT diperkenal­kan hampir 30 tahun lalu pada 1991 di Sabah dan kejohanan pertama dimenangi pemain dari negeri di bawah bayu itu.

Sejak itu, ia kemudian dijadikan kejohanan dua tahun sekali dianjurkan secara bergilir oleh kelab-kelab golf mengambil bahagian.

Dari Sarawak, kelab golf mengambil bahagian ialah Kelab Golf Bintulu, Kelab Golf Sarawak, Kelab Golf Samarahan, KGM dan Eastwood

Valley Golf & Country Club.

Manakala dari Sabah ialah Kelab Golf Keningau Golf Club, Kelab Golf Kinabalu, Kelab Golf Kudat, Kelab Golf Ranau, Sabah Golf & Country Club, Sandakan Golf & Country Club, Sutera Harbour Golf & Country Club serta Kelab Golf Tambunan Golf, manakala dari Pulau Labuan ialah Kelab Golf Labuan.

Dua buah kelab golf dari negara Brunei Darussalam ialah Kelab Golf Panaga dan Kelab Golf Pantai Mentiri.

 ??  ??
 ??  ?? PERUNTUKAN: Lee (dua kiri) menyampaik­an peruntukan kepada Marilyn Penganjura­n BLGCT Ke-21 ditangguhk­an pada tahun depan di Miri. Penyerahan cek turut disaksikan dua ahli jawatankua­sa penganjur, Patricia Lipang Raja (kiri) dan Amy Toynbee.
PERUNTUKAN: Lee (dua kiri) menyampaik­an peruntukan kepada Marilyn Penganjura­n BLGCT Ke-21 ditangguhk­an pada tahun depan di Miri. Penyerahan cek turut disaksikan dua ahli jawatankua­sa penganjur, Patricia Lipang Raja (kiri) dan Amy Toynbee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia