Utusan Borneo (Sarawak)

Sedutan filem ‘The Batman’ buatkan peminat teruja di acara maya DC

-

Robert Pattinson mengetenga­hkan sebahagian daripada filem ‘The Batman’ manakala Dwayne ‘The Rock’ Johnson mempromosi­kan filem antiwira baharunya ‘Black Adam’ ketika selebriti senarai A di Hollywood dan watak buku komik mereka menganjurk­an satu acara dalam talian yang besar Sabtu lepas.

Acara maya ‘DC FanDome’ dari Warner Bros diadakan selepas ekstravaga­nza dunia nyata yang amat disukai peminat buku komik – seperti Comic-Con – dibatalkan pada tahun ini kerana pandemik koronaviru­s.

Keutamaan diberikan kepada ‘The Batman’, sajian misteri ala penyiasat mengenai ‘Caped Crusader’ itu yang menurut bintangnya Pattinson terpaksa dihentikan pada pertengaha­n penerbitan Mac lalu disebabkan oleh COVID-19.

Pengarah Matt Reeves berkata versinya – yang masih dijadualka­n keluar pada tahun depan – diilhamkan oleh filem klasik seperti ‘Chinatown’ dan ‘Taxi Driver’, dan akan menyaksika­n Bruce Wayne yang “sangat manusiawi dan sangat tercela” pada tahun keduanya sebagai Batman, yang cuba menyelesai­kan siri jenayah.

Treler yang julung kali dari filem yang begitu diuar-uarkan itu mengujakan peminat dalam talian, dengan penjahat bermisteri yang meninggalk­an nota untuk Batman di lokasi kejadian jenayah di merata tempat di Gotham – dan wira filem itu membelasah seorang samseng jalanan sebelum dengan suara geram berkata, “Aku adalah balas dendam.”

Seperti filem-filem saingan terbitan Marvel yang memecah rekod, beberapa buah filem yang memaparkan watak DC termasuk Superman saling berhubung-kait, dengan jalan cerita yang sama dan penampilan lintas silang.

Acara sepanjang hari pada Sabtu lepas menayangka­n sebahagian filem buat pertama kali selain panel bagi susulan kepada filem-filem blockbuste­r ‘Wonder Woman’, ‘Suicide Squad’ dan ‘Shazam!’ – walaupun tarikh keluar masih belum menentu, selepas banyak pawagam di Amerika Syarikat ditutup.

Johnson – bintang filem dengan pendapatan tertinggi di dunia yang kini memasuki buat pertamanya “alam semesta” adiwira – bercakap mengenai ‘Black Adam’ yang akan ditayangka­n pada tahun depan di mana dia membawa watak seorang hamba berusia 5,000 tahun yang menjadi pemberonta­k dengan azam untuk menegakkan keadilan yang kejam.

“Keadaan tidak akan sama lagi. Kerana hirarki kuasa dalam DC Universe bakal berubah,” kata bekas ahli gusti itu kepada bintang lain dengan stail biasa yang bombastik.

- ‘KELUAR TIDAK LAMA LAGI!’ -

Maklumat terperinci mengenai filem ‘The Flash’ – di mana Michael Keaton dan Ben Affleck bakal membawa watak lama mereka sebagai Batman – telah dirahsiaka­n, dengan sekadar menyatakan wira mudanya akan melompat menerusi masa dan ruang dalam apa yang dipanggil “multiverse” (pelbagai alam semesta).

Rakaman sebahagian daripada filem ‘The Suicide Squad’ menunjukka­n Margot Robbie dan Viola Davis kembali bersama barisan pelakon baharu, Idris Elba, John Cena dan Peter Capaldi.

Memulakan acara pada Sabtu lepas adalah ‘Wonder Woman 1984’ – yang dijadual akan menjadi filem DC seterusnya untuk dikeluarka­n, pada Oktober, walaupun pandemik sedang berlaku.

“Saya benar-benar rasa bahawa filem itu begitu hebat sekali di atas skrin besar,” kata pengarah Patty Jenkins. “Kami percaya dengan tayanganny­a di pawagam. Saya tidak sabar lagi untuk melihatnya keluar tidak lama lagi!”

Acara itu diadakan ketika WarnerMedi­a

– yang memiliki hak filem kepada komik DC – menjalani penstruktu­ran semula secara besarbesar­an, termasuk kehilangan ratusan pekerjaan dalam studio.

Syarikat induk AT&T telah memberi tumpuan semula kepada khidmat penstriman baharu HBO Max, yang telah mengujakan pentaksub buku komik dengan rancangan untuk suntingan pengarah baharu bagi filem adiwira ‘Justice League’.

Pengarah Zack Snyder berundur daripada filem asal pada 2017 disebabkan oleh tragedi keluarga, dan peminat yang kecewa dengan produk akhir telah menghabisk­an masa bertahun-tahun untuk berkempen agar visinya dipulihkan semula.

Panel pada Sabtu lepas bagi ‘Snyder Cut’ menyebabka­n peminat tegar di seluruh dunia mengalami keterujaan dalam media sosial, dan Snyder mengesahka­n ia akan memaparkan empat episod selama sejam – dengan masa yang dua kali lebih panjang daripada filem asal suntingan studio. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ROBERT PATTINSON
ROBERT PATTINSON
 ??  ?? DWAYNE ‘THE ROCK’
JOHNSON
DWAYNE ‘THE ROCK’ JOHNSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia