Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis untuk 50% jemputan

Majlis melibatkan perhimpuna­n ramai hanya dibenar separuh jemputan ikut saiz ruang, penjarakan fizikal

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Majlis sosial dan rasmi yang melibatkan perhimpuna­n orang ramai hanya dibenarkan untuk 50 peratus jemputan mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata arahan ini berkuat kuasa hari ini, 25 Ogos 2020.

“Maknanya jika saiz ruang bagi majlis sosial dan rasmi

mampu memuatkan 1,000 jemputan, hanya 500 jemputan dibenarkan hadir.

“Arahan ini berkuat kuasa 25 Ogos 2020,” katanya pada sidang media Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di sini semalam.

Uggah yang juga pengerusi JPBNS berkata arahan ini juga melibatkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Bagi sambutan itu kelak katanya, hanya 50 peratus jemputan dibenarkan hadir mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal tempat sambutan.

Uggah dalam pada itu merayu kepada orang ramai agar terus berjaga-jaga kerana meskipun kes rendah beberapa hari ini namun rakyat harus terus berwaspada.

Pihak penguat kuasa katanya, akan terus memperketa­tkan pemantauan dan beliau percaya rakyat Sarawak akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Saya terima aduan ada tempat yang pematuhann­ya lemah dan saya merayu patuhi SOP.

“Saya yakin kalau rakyat terus bekerjasam­a, JPBNS akan terus merangka strategi untuk pastikan rantaian COVID-19 diputuskan,” katanya.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak katanya, akan membuat lebih saringan di pelabuhan Sarawak hari ini bermula di Bintulu untuk memastikan pengesanan awal kontak rapat.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu telah mengesahka­n senarai 12 fasiliti kesihatan swasta di negeri ini bagi menjalanka­n ujian COVID-19.

Fasiliti ini terdiri daripada Borneo Medical Centre (BMC) Kuching, Kuching Specialist Hospital Kuching, Pusat Perubatan Pakar Normah Kuching, Pusat Perubatan Timberland Kuching dan Klinik Kotaraya Samarahan.

Lagi fasiliti yang disahkan sebagai pusat ujian COVID19 ialah Rejang Medical Centre Sibu, PMG Medical Centre Sibu, Bintulu Medical Centre Bintulu, Columbia Asia Hospital Bintulu, BMC Miri, KPJ Specialist Hospital Miri dan Columbia Asia Hospital Miri.

Maknanya jika saiz ruang bagi majlis sosial dan rasmi mampu memuatkan 1,000 jemputan, hanya 500 jemputan dibenarkan hadir.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia