Utusan Borneo (Sarawak)

16 DIKOMPAUN, TUJUH WARGA ASING DITAHAN

-

KUCHING: Padah ingkar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seramai 16 individu dikompaun dan tujuh warga asing ditahan di sekitar bandar raya ini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, kesemua mereka terdiri daripada 13 lelaki dan 10 wanita yang berusia antara 18 hingga 26 tahun.

Jelasnya, kompaun itu dikeluarka­n dalam dua pemeriksaa­n yang dijalankan pasukan Balai Polis Sentral Kuching diketuai ASP Ahmad Abang dan Unit Peronda Polis di tempat tumpuan orang ramai iaitu di Tebingan Kuching dan satu lagi di sebuah premis hiburan di Jalan Song.

“Dalam pemeriksaa­n itu, seramai 13 individu yang berada di tempat awam dan tiga pelanggan yang mengunjung­i premis hiburan tersebut dikesan melanggar peraturan PKPP yang mana kesemua mereka gagal mengamalka­n SOP penjarakan fizikal sebagaiman­a yang diwartakan kerajaan.

“Dalam pemeriksaa­n sama, polis juga menahan serta membuka kertas siasatan terhadap tujuh warga asing yang turut berada di tempat awam kerana melakukan kesalahan yang sama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, susulan itu, 16 individu warga tempatan diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kerana telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 7) 2020 iaitu tidak mematuhi SOP ditetapkan.

“Kesemua 16 individu tersebut kemudianny­a dikompaun dan perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching dalam tempoh 14 hari dengan nilai kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang,” kata Awang Din.

Manakala, jelasnya tujuh warga asing ditahan untuk siasatan selanjutny­a dan polis akan merujuk kertas siasatan yang dibuka kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sarawak untuk mendapatka­n arahan pendakwaan di mahkamah.

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun amaran berulang kali diberitahu polis melalui hebahan media massa tentang pematuhan SOP penjarakan fizikal namun masih wujud segelintir masyarakat gagal mematuhi dan bersikap sambil lewa dengan arahan diberikan.

“Walaupun kompaun dikeluarka­n hampir setiap hari kepada orang awam yang gagal mematuhi syarat PKPP ini serta amaranamar­an dihebahkan di media massa sebagai langkah kerajaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia terus berwaspada, namun orang awam dilihat semakin leka untuk mematuhi SOP penjarakan fizikal.

“Dengan kes-kes terbaharu yang dilaporkan di negeri ini, sepatutnya masyarakat berganding bahu dan berusaha memutuskan rantaian penularan COVID-19,” tegasnya.

Beliau turut menggesa agar orang ramai jangan terlalu memandang ringan fenomena yang telah menjadi pandemik ini.

Justeru, beliau berharap orang awam khususnya pengusaha premis dan pelanggan sentiasa mengikuti saranan kerajaan dalam tempoh PKPP supaya mematuhi SOP penjarakan fizikal bagi membendung penularan COVID-19.

 ??  ?? INGKAR: Polis mengeluark­an kompaun kepada individu gagal mematuhi SOP
di Tebingan Kuching.
INGKAR: Polis mengeluark­an kompaun kepada individu gagal mematuhi SOP di Tebingan Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia