Utusan Borneo (Sarawak)

JUDI: LIMA KEDAI RUNCIT DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK

-

KUCHING: Lima premis kedai runcit di sekitar bandar raya ini yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi tanpa lesen dipotong bekalan elektrik semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching bersama kakitangan Sarawak Energy Berhad di sekitar Kuching antara jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam.

“Operasi ini (pemotongan bekalan elektrik) dilakukan ke atas premisprem­is yang didapati menjalanka­n aktiviti perjudian tanpa lesen.

“Mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, polis boleh membuat permintaan untuk pemotongan elektrik jika mempunyai alasan yang munasabah premis terbabit menjalanka­n sebarang aktviti perjudian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Awang Din memberi amaran keras kepada pengusaha berkaitan supaya tidak menjalanka­n sebarang aktiviti perjudian tanpa lesen.

Tegasnya, polis akan mengambil tindakan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan akan melaksanak­an Akta Pencegahan Jenayah 1959 ke atas mereka yang terlibat.

Selain itu, beliau berkata dalam tempoh tiga hari bermulai 22 hingga 24 Ogos 2020, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching berjaya melakukan lima serbuan ke atas premis-premis perjudian ini.

Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntu­kan denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

“Kesemua suspek yang ditahan telah direman dan masih dalam siasatan polis,” ujarnya.

 ??  ?? BANTERAS: Polis bersama kakitangan Sarawak Energy memotong bekalan elektrik di sebuah premis disyaki terlibat aktiviti perjudian haram.
BANTERAS: Polis bersama kakitangan Sarawak Energy memotong bekalan elektrik di sebuah premis disyaki terlibat aktiviti perjudian haram.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia