Utusan Borneo (Sarawak)

Bintulu bertukar status daripada Hijau kepada Kuning

-

KUCHING: Daerah Bintulu bertukar status daripada Hijau kepada Kuning selepas dua kes positif COVID-19 baharu tempatan dilaporkan semalam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak merekodkan lima kes positif COVID-19 baharu semalam dengan dua daripadany­a di Bintulu.

Tiga lagi kes katanya, adalah di Kuching menjadikan keseluruha­n kes positif COVID-19 di Sarawak setakat semalam sebanyak 696 kes.

“Kes ke-692 dan ke-693 masing-masing merupakan lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai pekerja binaan di Kuching.

“Kes telah menjalani saringan kendiri di hospital swasta di Kuching pada 23 Ogos 2020 bagi tujuan memohon pekerjaan baharu dan keputusan ujian pada hari yang sama mendapati positif COVID-19.

“Manakala kes ke-694 seorang wanita warga tempatan yang bekerja sebagai pereka grafik di Kuching dan didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan di hospital swasta pada 23 Ogos 2020,” katanya.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan

Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian pada sidang media di sini semalam.

Tambah Uggah, kes ke695 pula melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang bekerja di sebuah pelantar minyak di Bintulu.

Kes tiba di Miri dari Selangor melalui Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020 bagi menjalani latihan selama tiga hari sebelum meneruskan perjalanan ke Bintulu pada 22 Julai 2020 untuk bekerja mulai 23 Julai 2020.

Kes telah menjalani saringan pada 21 Julai 2020 dan keputusan makmal pada 23 Julai 2020 mendapati positif dan dimasukkan ke Hospital Bintulu.

Manakala kes ke-696 merupakan seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah syarikat di kawasan perindustr­ian Samalaju.

Kes telah menjalani saringan pada 22 Ogos sebelum berangkat ke negara asal dan didapati positif COVID-19 pada 23 Ogos.

“Kesemua lima kes yang dilaporkan hari ini (semalam) merupakan kes jangkitan tempatan berdasarka­n penemuan siasatan.

“Siasatan lanjut dan pengesanan kontak rapat kepada kesemua kes masih dijalankan,” katanya.

 ?? — Gambar PENERANGAN ?? KES BAHARU: Uggah bercakap pada sidang media di Kuching semalam.
— Gambar PENERANGAN KES BAHARU: Uggah bercakap pada sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia