Utusan Borneo (Sarawak)

Bawa anak kapal tanpa pemeriksaa­n, ejen kes LNG Jupiter didenda RM4,000

-

KUCHING: Ejen kes kapal LNG Jupiter didenda R M 4,000 oleh Mahkamah Seskyen Bintulu atas kesalahan membawa masuk anak kapal warga Indonesia tanpa melalui pemeriksaa­n pegawai imigresen di pintuk masuk negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tertuduh telah didakwa pada 18 Ogos 2020 di bawah Seksyen 43 Akta Imigresen 1959/63.

“Tertuduh telah dijatuhi hukuman denda oleh mahkamah sebanyak RM4,000 dan jika gagal membayar denda akan dipenjara lima bulan dari tarikh pendakwaan.

“Tertuduh telah membayar denda tersebut pada 18 Ogos 2020 di mahkamah dan anak kapal warga Indonesia tersebut telah diusir ke negara asal serta disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak,” katanya.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian pada sidang media di sini semalam.

Tambah Uggah, Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki negara secara tidak sah.

Tindakan undang-undang tanpa kompromi katanya, akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang telah melanggar Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu katanya, polis Sarawak telah mengeluark­an 24 notis kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Kuching, Kota Samarahan, Sarikei, Betong, Mukah, Serian dan Bau.

Sebanyak 1,640 premis katanya telah diperiksa melibatkan pasar raya, restoran, kilang, bank, tempat riadah dan lain-lain.

Daripada enam sekatan jalan raya di lima daerah iaitu Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu, sebanyak 1,582 kenderaan diperiksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia