Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki terlibat tiga kes samun menyamar polis ditahan

-

SIBU: Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dikatakan terlibat dalam tiga kes samun dengan menyamar sebagai polis.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata suspek yang ditempatka­n di bawah pengawasan polis di Sibu ditangkap di hadapan sebuah rumah, Jalan Kampung Hilir di sini kirakira jam 1.30 pagi semalam.

Beliau berkata tiga mangsa membuat laporan polis pada Jumaat lalu setelah mereka didakwa dirompak suspek dalam tiga kejadian berasingan pada hari yang sama.

“Suspek pertama kali pergi ke sebuah rumah di Jalan Hose di sini sekitar jam 9.30 pagi dengan memakai jaket polis dan memperkena­lkan dirinya sebagai anggota polis kepada penghuni rumah terbabit.

“Suspek memberitah­u mangsa ingin memeriksa motosikal dan menyuruhny­a datang ke balai polis mengambil semula motosikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Stanley berkata, suspek juga menggunaka­n modus operandi sama ketika merompak pembantu kedai di Jalan Kampung Hilir di sini sekitar jam 11 pagi.

“Suspek mengarahka­n mangsa menyerahka­n telefon bimbit dan kemudian menghubung­i majikan mangsa menggunaka­n telefon bimbit itu menuntut wang tunai RM1,000.

“Suspek juga memberitah­u mangsa agar datang ke balai polis menuntut telefon bimbitnya sebelum melarikan diri dengan barang itu,” katanya.

Stanley berkata, suspek kemudian merompak seorang lelaki berusia 29 tahun di sebuah perhentian bas, Jalan Oya kira-kira jam 1.30 petang.

“Dengan memakai jaket polis, suspek memberitah­u mangsa bahawa dia ingin memeriksa telefon bimbitnya sama ada terlibat dalam perjudian dalam talian.

“Mangsa membiarkan suspek berbuat demikian sebelum suspek memberitah­unya agar menuntut barang itu di balai polis setelah diperiksa,” jelasnya.

Ketiga-tiga mangsa hanya menyedari mereka dirompak setelah pergi ke balai polis menuntut barang-barang mereka.

Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia