Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an hadrah mengangkat seni budaya Melayu dan Kedayan Islam

-

LIMBANG: Kerajaan menyokong semua bentuk program kesenian dan kebudayaan khusus dalam mengangkat seni budaya Melayu dan Kedayan Islam di daerah ini terutama hadrah agar tidak pupus ditelan kemajuan zaman.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pertanding­an hadrah mengangkat seni budaya serta kesenian yang menjadi sebahagian daripada identiti di daerah ini.

Beliau yang juga ADUN Bukit Kota menambah, program kesenian Islam di Limbang yang dimasukkan dalam kalendar acara Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang dapat memartabat­kan kesenian Islam dan program keagamaan yang mendekatka­n diri kepada Allah.

“Masyarakat Melayu dan Kedayan kaya dengan pelbagai bentuk kesenian dan kebudayaan tradisiona­l.

“Oleh itu, sewajarnya segala hasil seni budaya di daerah ini termasuk hadrah ini dipelihara sebaik mungkin supaya kekal dan tidak luput ditelan zaman.

“Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan minat orang ramai terhadap kesenian dan kebudayaan rakyat di sini berkekalan serta lebih menarik,” ujarnya ketika menangguhk­an Pertanding­an Hadrah 2020 sempena Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Limbang kelmarin.

Program tersebut merupakan anjuran Jawatankua­sa Kecil Festival Kesenian Islam dan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang di Dewan Kampung Belading dekat sini.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Limbang merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang Superi Awang Said, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely, Ketua Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang Junaidi Lamat, Pemanca Abu Bakar Tinggal, Penghulu Ahmad Bini dan Ketua Kampung Belading Matzin Sumil.

Jelas Dr Abdul Rahman lagi, kebudayaan sesuatu masyarakat menjadi satu identiti dan penting bagi generasi muda mengetahui serba sedikit pelbagai bentuk seni serta budaya yang diwarisi.

“Pertanding­an hadrah ini merupakan sebahagian daripada kesenian Islam yang kebiasaann­ya diadakan semasa majlis perkahwina­n tetapi sekarang ia sudah berkuranga­n.

“Acara kesenian dan kebudayaan Islam ini perlu dihidupkan melalui penganjura­n pelbagai program di daerah ini,” katanya.

“Ia juga dimainkan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat dalam sesuatu majlis.

“Ia mewakili identiti masyarakat Melayu dan Kedayan, kalau Iban dengan tarian ngajatnya dan masyarakat Cina dengan tarian singanya,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Abdul Rahman memberi sumbangan kepada lima pasukan yang menyertai pertanding­an tersebut masing-masing RM2,000.

 ??  ?? ANGKAT SENI ISLAM: Dr Abdul Rahman ( tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada salah satu pasukan bertanding sambil diperhatik­an (dari kiri) Abu, Superi, Junidi dan Abdul Rahim.
ANGKAT SENI ISLAM: Dr Abdul Rahman ( tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada salah satu pasukan bertanding sambil diperhatik­an (dari kiri) Abu, Superi, Junidi dan Abdul Rahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia