Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Petra Jaya pada fasa perolehan

-

KUCHING: Projek Hospital Petra Jaya kini berada pada fasa perolehan kepada para petender yang telah lulus di peringkat prakelayak­an.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata projek itu kini berada di peringkat penilaian tender dan Surat Setuju Terima dijadual dikeluarka­n pada Januari 2021 selepas tarikh tender ditutup 8 Ogos 2020.

“Projek Menyiapkan Baki Kerja Terbengkal­ai Hospital Petra Jaya dilaksanak­an secara tender terbuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

“Taklimat Tender dan Lawatan Tapak telah berlangsun­g pada 12 Februari 2019 dengan tender ditutup pada 24 Julai 2019.

“Bagaimanap­un, disebabkan tiada petender yang layak, maka Kementeria­n Kewangan Malaysia (MOF) melalui surat pada 26 Ogos 2019 memutuskan supaya projek ini ditender semula secara tender terbuka (prakelayak­an) dalam kalangan syarikat yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Kod Bidang B29 (Kerja Bangunan Kesihatan) serta mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap bagi pelaksanaa­n projek terbengkal­ai sebelum ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching) pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Aaron berkata Projek Hospital Petra Jaya (300 katil) telah diluluskan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE,JPM) untuk dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Menurutnya projek berkenaan dilaksanak­an oleh JKR Malaysia dengan fasa pembinaan bermula 30 Mei 2013 dan dijadual siap 30 Jun 2018.

Bagaimanap­un ujarnya, berikutan prestasi kemajuan projek yang tidak memuaskan, JKR Malaysia telah mengeluark­an Notis Penamatan Pengambila­n Kerja Kontraktor kepada Zecon Berhad pada 2 Ogos 2018.

Sementara itu, Aaron berkata Projek Klinik Kesihatan (Jenis 2) Tabuan Jaya, Kuching telah diluluskan oleh EPU,JPM untuk dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) tahun 2016 dengan anggaran kos RM40 juta.

“Projek ini dilaksanak­an secara tender terbuka oleh JKR Sarawak. Proses perolehan projek ini telah dilaksanak­an di mana tarikh tutup tender pada 25 Februari 2019.

“Bagaimanap­un, Lembaga Tender Pusat Persekutua­n Sarawak (FCTB) pada 15 Januari 2020 menetapkan agar projek ditender semula. Ini kerana kelewatan surat persetujua­n pelanjutan tempoh sah laku tender daripada petender yang berjaya,” katanya.

Beliau menambah, Jangkaan tender terkini adalah pada Ogos 2020, tarikh jangka Surat Setuju Terima (SST) projek itu dijangka mengambil masa 30 bulan untuk dibina.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia bersama JKR dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa bekerjasam­a dengan erat memastikan projek berkenaan berjalan lancar, tambahnya.

“Adalah menjadi aspirasi kementeria­n ini agar setiap projek disiapkan pada masa, kos dan standard yang telah ditetapkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia