Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan jalan tingkat akses penduduk luar bandar

Antaranya jalan baharu dari Bukit Lubok ke Kampung Seberang Kedai di Limbang yang bernilai RM16.7 juta

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Projek jalan baharu dari Bukit Lubok ke Kampung Seberang Kedai sejauh 3.7 kilometer yang bernilaiRM­16.7jutamerup­akan antara usaha Kerajaan Sarawak menghubung­kan dan meningkatk­an akses penduduk luar bandar dengan kawasan sekitar melalui pembinaan jalan pesisir.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, adalah menjadi fokus utama kerajaan negeri untuk membawa perubahan di negeri ini terutama kawasan luar bandar.

Beliau berkata, kerajaan juga akan meneruskan pembinaan jalan pesisir yang dulu merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Pan Borneo dekat sini untuk menjadi penghubung kampungkam­pung pesisir di sepanjang seberang sungai.

“Dengan adanya peningkata­n perhubunga­n jalan raya, ia akan mengubah bentuk pembanguna­n termasuk dari segi kependuduk­an.

Timbalan Ketua Menteri

“Pembinaan jalan pesisir ini memberi peluang untuk membangunk­an kawasan khususnya di seberang sungai dan jika tak dibangunka­n jalan raya, susah pembanguna­n dilaksanak­an,” katanya pada Upacara Pecah Tanah Pembinaan Jalan Baharu dari Bukit Lubok ke Kampung Seberang Kedai di sini, semalam.

Turut hadir ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Abdul Latip, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said.

Beliau yang juga Menteri

Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Menteri Pembanguna­n Usahawan Sarawak berkata, apabila jalan pesisir itu dapat dibina di kawasan Seberang Kedai dan sekitarnya ia akan membuka ruang untuk pelaksanaa­n projek pembanguna­n lain.

“Kawasan di Kampung Seberang Kedai dekat sini akan dibangunka­n sebagi kawasan pelanconga­n dengan pembinaan jeti seperti tebingan sungai mini, pembinaan perusahaan kecil dan sederhana dan rancangan untuk membina projek pembesaran kampung,” ujarnya.

Jelasnya, pembinaan jalan pesisir itu memberi peluang kepada masyarakat untuk membangunk­an tanah mereka.

“Dengan adanya jalan ini, kawasan di seberang sungai akan dibangunka­n dengan aktiviti pembanguna­n, pertanian, penternaka­n dan aktiviti ekonomi lain sekali gus mengubah taraf hidup rakyat di luar bandar,” jelasnya.

Selain itu katanya, penubuhan Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) merupakan pendekatan strategik Kerajaan Sarawak ke arah memperkasa usaha pembanguna­n di kawasan pedalaman serta luar bandar di negeri ini.

Menurutnya, penubuhan RECODA di bawah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mampu merancang pelan pembanguna­n yang dapat membawa limpahan kemajuan dan impak ekonomi ke kawasan berkaitan.

“Ia dijangka membawa banyak kemajuan, terutama dalam meningkatk­an taraf hidup rakyat dengan kewujudan banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan berkaitan, sekali gus mengubah landskap pembanguna­n di kawasan pedalaman dan luar bandar,” ujarnya.

Dengan adanya peningkata­n perhubunga­n jalan raya, ia akan mengubah bentuk pembanguna­n termasuk dari segi kependuduk­an.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

 ??  ?? AKSES JALAN: Awang Tengah (duduk) bersama kenamaan lain pada upacara pecah tanah jalan baharu dari Bukit Lubok ke Kampung Seberang Kedai semalam.
AKSES JALAN: Awang Tengah (duduk) bersama kenamaan lain pada upacara pecah tanah jalan baharu dari Bukit Lubok ke Kampung Seberang Kedai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia