Utusan Borneo (Sarawak)

205 pelajar terima Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah

-

KUCHING: Seramai 191 pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru dan 14 pelajar di DUN Opar menerima Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata, bantuan tersebut disalurkan bagi meringanka­n beban ibu bapa menanggung perbelanja­an persekolah­an anak-anak mereka.

Menurutnya, Yayasan Sarawak telah diamanahka­n oleh kerajaan negeri untuk melaksanak­an pembekalan pakaian seragam sekolah termasuk kasut dan beg kepada pelajar di seluruh Sarawak.

“Pemberian bantuan ini merupakan antara komitmen kerajaan negeri untuk membantu golongan terbabit dan pada tahun ini seramai 26,175 pelajar dari seluruh Sarawak mendapat manfaat di bawah program itu.

“Malah, untuk program ini sahaja, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan dana sebanyak RM4 juta setahun bagi membantu keluarga yang kurang berkemampu­an,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2020 di Dewan Suarah Bau, semalam.

Henry berkata, menerusi bantuan tersebut, maka tiada lagi alasan ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Sebagai wakil rakyat, saya turut menyalurka­n bantuan menerusi geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada pelajar yang kurang berkemampu­an untuk melanjutka­n pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi awam,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberitah­u Dewan Suarah Bau akan bertukar wajah dengan peruntukan RM1 juta untuk kerja-kerja pembaikan dalam masa terdekat ini.

“Diharapkan ia akan memberi lebih keselesaan kepada masyarakat setempat nanti,” ujarnya.

Terdahulu, program penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah merupakan kali yang ketiga diadakan di konstituen­si Tasik Biru.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Henry merakam kenangan pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2020.
UNTUK ALBUM: Henry merakam kenangan pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia