Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RM302,000 kepada SJKC Chung Chien sejak empat tahun lalu

-

SARIKEI: Sejak empat tahun lalu peruntukan berjumlah RM302,000 telah disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Chien, Bayong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, peruntukan yang disalurkan itu adalah untuk memantapka­n kemudahan infrastruk­tur di sekolah tersebut.

“Usaha ini adalah untuk memastikan pelajar yang menuntut ilmu di sekolah ini berada dalam situasi pembelajar­an yang selesa.

“Seperti yang kita sedia maklum,persekitar­anpembelaj­aran yang selesa mampu mempengaru­hi peratusan kelahiran modal insan yang berkualiti pada tahap yang tinggi.

“Oleh itu, pihak kita sentiasa memberi sokongan padu dan perhatian yang penuh terhadap segala bentuk keperluan dan pemintaan daripada pihak sekolah di kawasan ini,” kata Huang.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selesai mengadakan lawatan kerja bagi memantau aktiviti pembinaan di SJKC Chung Chien dekat sini, semalam.

Menurut Huang, secara keseluruha­n peruntukan yang disalurkan untuk kerjakerja naik taraf dan pembinaan di sekolah tersebut adalah menggunaka­n dana Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Katanya, usaha Kerajaan Sarawak yang telah menyediaka­n peruntukan belanjawan melalui RTP ini telah banyak membawa impak positif kepada masyarakat di negeri ini khususnya penduduk di kawasan luar bandar.

“Peruntukan ini turut memberi impak postif kepada kita di peringkat kepimpinan akar umbi dalam langkah untuk mempergiat pembanguna­n dengan segera dan menunaikan permintaan masyarakat dalam tempoh yang singkat kerana kita mempunyai dana,” tegas Huang lagi.

Berdasarka­n info, pada 2016, Huang telah menyalurka­n peruntukan berjumlah RM72,000, pada 2018 sebanyak RM200,000 manakala pada tahun ini sebanyak RM30,000 telah disalurkan untuk program menaik taraf sekolah terbabit.

Turut mengiringi Huang ialah rombongan dari Pusat Khidmat N45 Repok dan ketua masyarakat tempatan.

 ??  ?? TURUN PADANG: Huang bersama rombongan dari Pusat Khidmat N45 Repok dan ketua masyarakat tempatan melakukan pemantauan kerja di SJKC Chung Chien semalam.
TURUN PADANG: Huang bersama rombongan dari Pusat Khidmat N45 Repok dan ketua masyarakat tempatan melakukan pemantauan kerja di SJKC Chung Chien semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia