Utusan Borneo (Sarawak)

BVOG melakukan kerja kebajikan selain fokus siri jelajah

-

BINTULU: Melalui hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi, kini sekumpulan pemilik motosikal berganding bahu menubuhkan Borneo Versys Owner Group (BVOG) yang tidak hanya memfokus kepada siri jelajah bermotosik­al malah kerja kebajikan.

Pengasas Kumpulan WhatsApp BVOG Azman Drahman berkata BVOG adalah komuniti pemilik motosikal Kawasaki Versys berkuasa 350cc, 650cc dan 1000cc yang disertai lebih 200 ahli.

Menurutnya, idea penubuhan BVOG tercetus daripada seorang ‘otai’ dikenali Azizi Salus dari Kuching sehingga komuniti pemilik motosikal itu ditubuhkan.

“Melalui kumpulan WhatsApp beberapa pemilik juga dilantik sebagai pentadbir yang diharap memudahkan pencarian mana-mana individu yang menggunaka­n motosikal sama.

“Komuniti pemilik motosikal ini telah lama wujud tetapi pergerakan­nya belum diperhebat­kan khususnya menghimpun­kan pemilikpem­ilik,” katanya di sini semalam.

Beliau menjelaska­n, motosikal ini adalah jenis ‘touring’ atau dikenali ‘Dual Purpose Bike’ boleh bergerak atas jalan raya atau luar jalan serta pengembara­an.

Azman berkata, pada 21 Ogos 2020 BVOG menempah sejarah mengadakan perhimpuna­n pertama di Sarikei dengan pengisian aktiviti seperti program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di sebuah kampung di Pulau Bruit.

“Kami menyumbang sedikit derma kepada empat asnaf dikenal pasti dan mengadakan kutipan derma kilat membantu keluarga rakan kami yang meninggal dunia minggu lalu,” katanya.

Mereka turut bergerak menuju beberapa kampung di Igan dan merupakan inisiatif BVOG mengeratka­n hubungan silaturahi­m

Dalam kalangan penunggang motosikal itu.

“Kami berharap dapat mengajar penunggang motosikal ini menghormat­i antara satu sama lain,” jelasnya sambil menambah, BVOG ditubuhkan untuk memudahkan ahli bertukar fikiran dan berkongsi informasi.

 ??  ?? BANTU: Ahli-ahli BVOG menyampaik­an bantuan kepada golongan memerlukan melalui program CSR.
BANTU: Ahli-ahli BVOG menyampaik­an bantuan kepada golongan memerlukan melalui program CSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia