Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa parti menunjukka­n minat bertanding termasuk PSB dan PKR, kata Uggah

-

SPAOH: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di konstituen­si Bukit Saban digesa memulakan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beberapa parti politik menunjukka­n minat untuk bertanding di situ termasuk Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian semasa berucap di hadapan ahli-ahli parti daripada empat ranting PBB di Spaoh kelmarin.

“Ahli kita perlu bersiap sedia dengan persiapan. Selain dua parti politik yang saya katakan, mungkin ada parti lain yang mahu mencuba nasib.

“Oleh itu, tugas kamu semua yang paling penting ialah memastikan kerusi ini kekal bersama kerajaan negeri GPS (Gabungan Parti Sarawak) selepas pilihan raya (negeri) nanti,” katanya.

Uggah berkata kemenangan GPS di Bukit Saban akan menjadi satu lagi tambahan berharga kepada majoriti kerajaan GPS untuk terus memerintah negeri Sarawak.

“Politik Sarawak sangat stabil. Kita ada pemimpin yang sangat baik iaitu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Beliau sangat bersemanga­t mahu melihat Sarawak maju dan makmur, beliau kerap pergi ke semua bahagian atau tempat di negeri ini bagi memastikan pembanguna­n dan kemakmuran negeri dapat dikongsi bersama.

“Beliau juga telah membahagik­an Sarawak kepada tiga agensi pembanguna­n utama sebagai strategi untuk melihat semua pembanguna­n dilaksanak­an secara sistematik,” katanya.

Uggah menambah, ketika ini antara visi Abang Johari ialah menjadikan Sarawak kuasa pertanian di wilayah ini.

Abang Johari katanya, mahu Sarawak menjadi pengeluar dan pengekspor­t utama makanan menjelang 2030.

Uggah berkata, penduduk luar bandar yang majoritiny­a petani, penternak atau nelayan boleh menjana pendapatan menerusi tanah atau usaha mereka sendiri.

“Oleh itu, semua harus membantu GPS menang selesa untuk Abang Johari yang sudah pun dilihat sebagai pemimpin yang mengamalka­n dasar keterangku­man, untuk terus memimpin kita.

“Sekarang, kamu dapat melihat beberapa orang mula bergerak, menjanjika­n bulan dan bintang untuk menang, tetapi jika mereka kalah, mereka akan hilang dengan mudah sekali.

“Kita daripada kerajaan, kita sentiasa ada untuk perkhidmat­an kepada rakyat semasa pilihan raya atau pada hari-hari biasa,” ujarnya.

Mengenai kerusi Bukit Saban, Uggah berkata sudah ada calon sudah turun padang, mendakwa pembangung­an di Bukit Saban hanya di Penom dan Gensurai.

“Ini satu pembohonga­n yang besar. Projek-projek pembanguna­n telah lama dilaksana dan diperluask­an untuk manfaat semua.

“Kita sedia maklum STOLport bernilai

RM108 juta akan dibina di Bebuling. Ini untuk memanfaat sepenuhnya dan memudahkan potensipot­ensi hebat kawasan pengeluara­n makanan Betong/Sarikei. Ia bukan mega atau projek mewah seperti digambarka­n.

“Semua komuniti dalam pertanian akan mula memperoleh manfaat,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, beberapa projek akan dibangunka­n di kawasan itu, antaranya Kompleks Sukan Spaoh yang baharu bernilai RM14 juta, projek tebingan Spaoh (RM6.2 juta), pasar baharu (RM5 juta) dan Jambatan Spaoh yang baharu (RM30 juta).

Selain itu katanya, Jalan Spaoh akan dinaik taraf manakala Sekolah Menengah

Ahli kita perlu bersiap sedia dengan persiapan. Selain dua parti politik yang saya katakan, mungkin ada parti lain yang mahu mencuba nasib.

ADUN Bukit Saban

Kebangsaan (SMK) Spaoh juga akan diubah suai.

“Bulan lepas (Julai) kita telah melihat pelancaran Pusat Pertanian Spaoh yang baharu bernilai RM3.5 juta,” katanya.

Uggah menambah, ratarata jika tidak pun majoriti 92 rumah panjang di konstituen­si itu dihubungka­n dengan rangkaian jalan raya dan kemudahan asas seperti bekalan air serta elektrik.

“Namun, sudah tentu kita tidak akan berhenti di sini atau mudah berpuas hati. Fokus kita yang seterusnya ialah membantu rakyat menjana pendapatan menerusi aktiviti-aktiviti pertanian yang sesuai.

“Pembangkan­g akan membangkit­kan pelbagai dakwaan dan pembohonga­n semata-mata untuk memburukka­n nama saya dan kerajaan negeri.

“Saya percaya pengundi akan lebih tahu kebenaran. Ahli PBB kita mesti bersiap sedia menyatakan perkara yang betul dan benar,” ujarnya.

 ??  ?? HARUS BERSEDIA: Uggah (empat Kanan) merakam kenangan bersama beberapa ahli parti selepas mesyuarat melibatkan empat ranting PBB di Spoah.
HARUS BERSEDIA: Uggah (empat Kanan) merakam kenangan bersama beberapa ahli parti selepas mesyuarat melibatkan empat ranting PBB di Spoah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia