Utusan Borneo (Sarawak)

Penguang seru penduduk Marudi agar tidak mudah percaya hasutan

-

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil berharap semua penyokong dan penduduk di konstituen­si Marudi kekal bersatu padu serta bekerjasam­a dalam usaha mereka menyelesai­kan isu-isu pembanguna­n yang telah diwarisi di kawasan tersebut.

“Jangan mudah percaya dengan hasutan sesetengah pihak kerana mereka hanya ingin melihat kita berpecah belah demi kepentinga­n politik mereka.

“Gandingan mantap kita selama ini sudah terbukti mampu membawa kita ke arah mencapai pembanguna­n dan kestabilan politik di negeri ini dan matlamat utama kita dalam memperjuan­gkan pembanguna­n rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Randau di Sungai Laong, Bakong dekat sini, semalam.

Mengenai isu kegagalan pembinaan sebuah loji memproses minyak kelapa sawit milik sebuah syarikat swasta di Sungai Laong, dekat sini, Penguang berkata kegagalan pembinaan kilang tersebut adalah disebabkan masalah pengurusan syarikat dan penubuhann­ya tidak melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan kementeria­n berkaitan.

Malah Penguang menegaskan perkara itu langsung tidak ada kaitan dengan beliau.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyerahka­n peruntukan projek pembanguna­n kecil luar bandar (MRP) RM15,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah

Ngumbang Tia dan RM5,000 untuk Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Turut menerima geran MRP di majlis tersebut ialah JKKK Rumah Adelyn Minda (RM15,000), JKKK Rumah James Banggau (RM15,000) dan JKKK Rumah Labo Abit (RM15,000).

Manakala Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) iaitu menaik taraf jalan masuk ke Rumah Adelyn dan kawasan parkir kereta yang menelan belanja sebanyak

RM100,000 pula telah siap sepenuhnya baru-baru ini.

Selain itu penyambung­an elektrik ke Rumah Subi akan bermula tidak lama lagi, selain turut menerima bantuan baik pulih rumah bernilai RM13,000 pada awal tahun ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Edward Mendai dan para pemimpin masyarakat di sekitar kawasan Beluru.

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Ali Biju digesa tidak mempertaha­nkan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan memberi peluang kepada Parti Demokratik Progresif (PDP) untuk bertanding.

Naib Presiden PDP Datu Dr Penguang Manggil berkata Ali kini sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Menteri Muda Kerajaan Tempatan itu berkata, Ali tidak wajar mempertaha­n kerusi itu dan menentang calon daripada PDP yang bertanding di bawah

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri mengadakan Program Ziarah di sekitar kawasan DUN Lingga dekat sini, semalam.

Pada kesempatan itu, beliau menziarahi bekas tuai rumah Pipit Chendai, 98, di Rumah Panjang Tanjung Bijat.

Menurut Simoi, Pipit merupakan rakan karib arwah bapanya sewaktu keluargany­a menetap di Stumbin, suatu ketika dahulu.

“Semasa arwah bapa masih menetap di Stumbin dulu, bekas tuai rumah ini kerap berkunjung ke rumah kami bertanya kabar,” ujarnya.

Kata Simoi lagi, beliau adalah warga emas paling tua di Sebaka, Tanjung Bijat.

“Melihat kepada keadaannya, beliau masih sihat cuma pergerakan agak kurang sedikit disebabkan faktor usianya,” jelasnya lanjut.

Turut mengiringi Simoi ialah Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga Dayang Megeret Abang Hamid.

Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“GPS dan PN mempunyai perjanjian dan sesiapa sahaja calon kami bertanding, BERSATU tidak patut meletakkan calon,” kata Penguang ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Penguang menambah, kerusi itu secara tradisiona­l adalah milik PDP namun kalah kepada Ali YANG bertanding di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRN 2011.

Dalam perkembang­an berkaitan, ADUN Marudi itu memberitah­u bahawa beliau sedia berbincang dengan Ali berhubung konstituen­si Parlimen Saratok.

“PDP menyokong Ali di Saratok sekiranya beliau bersetuju melepaskan Krian kepada PDP,” kata Penguang.

Saratok merupakan kerusi tradisiona­l PDP dimenangi Ali pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Sebelum ini, Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli secara terbuka menyatakan sokongan kepada GPS.

“Sebagai menzahirka­n sokongan itu, Ali tidak harus bertanding di Krian. “Sebaliknya, beri sokongan kepada GPS. Sudah sampai masanya rakyat Krian bersatu di bawah kerajaan GPS,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Penguang memotong reben simbolik perasmian Majlis Randau di Rumah Ngumbang, Bakong.
RASMI: Penguang memotong reben simbolik perasmian Majlis Randau di Rumah Ngumbang, Bakong.
 ??  ?? BERJIWA RAKYAT: Simoi (kanan) berbual mesra dengan Pipit semasa kunjungan Ziarah Kasih di Sebaka, Tanjung Bijat semalam.
BERJIWA RAKYAT: Simoi (kanan) berbual mesra dengan Pipit semasa kunjungan Ziarah Kasih di Sebaka, Tanjung Bijat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia