Utusan Borneo (Sarawak)

Agnes Padan dilantik selaku ketua Wanita PKR Sarawak baharu

-

KUCHING: Agnes Padan, wanita Lun Bawang dilantik sebagai ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Ketua Penerangan PKR Sarawak Abun Sui Anyit dalam kenyataann­ya semalam berkata Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sentiasa menyediaka­n peluang kepada setiap ahlinya yang menunjukka­n komitmen tinggi dalam kepimpinan serta perjuangan untuk masyarakat.

Menurutnya, Agnes yang juga timbalan pengerusi PKR Lawas dipilih menyandang jawatan itu oleh Ketua Wanita PKR Kebangsaan Fuziah Salleh selepas rundingan dengan pemimpin-pemimpin wanita parti itu di peringkat cabang.

“Sekali lagi wanita Dayak diberi kepercayaa­n mengetuai PKRSarawak,lebih-lebihlagi ini adalah kali pertama Orang Ulu daripada komuniti Lun Bawang diberi kepercayaa­n oleh parti untuk mengetuai Wanita PKR Sarawak dalam sejarah PKR,” katanya.

Dilahirkan di Long Semadoh, Agnes, 41, juga merupakan aktivitis kesihatan luar bandar yang memperjuan­gkan penjagaan kesihatan ibu.

Beliau anak sulung dalam lapan adik beradik. Pada 2002, beliau kehilangan ibu, Kam Agong akibat komplikasi selepas bersalin.

Sejak itu Agnes berkempen untuk akses penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan ibu yang lebih baik di luar bandar Sarawak.

Pada November 2018, beliau dengan kerjasama Freedom Film Network menghasilk­an dokumentar­i mengenai kesihatan ibu di Sarawak dikenali ‘The Story of Kam Agong’.

Abun berkata, insiden tragik yang menimpa ibu Agnes telah mendorong beliau memulakan kempen tentang pentingnya penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar terutama dalam kalangan wanita Dayak.

Beliau memberitah­u pada awal 2019, Agnes memulakan petisyen untuk pembinaan Hospital Daerah Lawas yang telah dikemukaka­n kepada Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Parlimen pada 19 April 2019.

“Beliau (Agnes) telah mempelawa Dr Dzulkefly melawat Hospital Daerah Lawas untuk melihat sendiri penjagaan kesihatan di Sarawak. Pada 2 Ogos 2019, Dr Dzulkefly telah melawat Hospital Daerah Lawas.

“Agnes sendiri memberi tahu Dr Dzulkefly mengenai cabaran-cabaran dihadapi golongan miskin di Lawas dan utara Sarawak terutama ibu yang tinggal di pedalaman. Beliau juga menekankan jarak perjalanan yang terpaksa dilalui serta kekurangan peralatan dan perubatan asas dihadapi golongan berkenaan,” katanya.

Tambah Abun lagi, dengan komitmen dan perjuangan ditunjukka­n Agnes, beliau amat layak dilantik sebagai ketua Wanita PKR Sarawak berjuang untuk rakyat menerusi politik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia