Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU Kimanis siap sedia hadapi PRN

Ariffin serah kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan mengenai soal calon

- Oleh Kenneddy Corlleus

MEMBAKUT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kimanis kini telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual diadakan pada September ini.

Ketua Bahagianny­a Datuk Arifin Arif berkata, walaupun soal calon untuk dua kawasan dalam Parlimen Kimanis iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan DUN Membakut belum diputuskan lagi namun pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi PRN.

Jelasnya, kerjasama juga akan diberikan kepada partiparti gabungan bagi memastikan kemenangan calon pilihan pucuk pimpinan itu nanti.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau dicalonkan semula dalam PRN nanti, beliau memaklumka­n akan menyerahka­n perkara itu kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan mengenai soal calon.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan mengenai soal calon. Apa yang saya boleh katakan hari ini ialah, kita di peringkat bahagian sudah bersedia menghadapi kemungkina­n PRN. Gerak kerja sudah kita susun atur dan tiba masanya nanti akan kita gerakkan jentera kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Persidanga­n BERSATU Bahagian Kimanis di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping.

Dalam perkembang­an lain, Arifin yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut turut merakamkan penghargaa­n atas kebijaksan­aan serta keprihatin­an Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memimpin negara dalam keadaan yang penuh mencabar.

Selain mewakili kepimpinan BERSATU Kimanis, beliau selaku wakil suara masyarakat Kimanis ingin mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatin­an beliau dalam membantu seluruh lapisan rakyat dalam mengharung­i pandemik COVID-19.

Justeru Arifin meminta rakyat supaya terus memberikan keyakinan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin

untuk terus memimpin negara serta negeri dalam usaha membangun serta memulihkan semula ekonomi ke tahap yang lebih baik.

 ??  ?? ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian perwakilan yang hadir dalam persidanga­n itu.
ALBUM: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian perwakilan yang hadir dalam persidanga­n itu.
 ??  ?? JELAS: Arifin berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas persidanga­n itu.
JELAS: Arifin berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia