Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin dan ahli BN Labuan sokong pelantikan Bashir

-

LABUAN: Keputusan Badan Perhubunga­n UMNO Wilayah Persekutua­n melantik Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Bashir Alias sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras Barisan Nasional (BN) Labuan merupakan satu langkah yang tepat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Khalid Abd. Ghani berkata, berdasarka­n pengaruh dan pengalaman yang dimiliki Bashir sebagai Pengarah Jentera PRU-13 dan PRU-14, BN Labuan percaya beliau akan dapat memainkan peranan bukan sahaja dalam mempertaha­nkan kerusi BN pada PRU-15 tetapi juga akan mengembali­kan semula kekuatan BN dan UMNO itu sendiri.

“Pelantikan Datuk Bashir adalah tepat berdasarka­n komitmen serta kesungguha­n dan kesetiaan beliau terhadap BN khususnya kepada UMNO memang tidak dapat disangkal lagi.

“Kami di peringkat ahli jawatakuas­a termasuk ahli-ahli parti dalam gabungan BN tetap akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Bashir bagi memastikan calon BN pada PRU ke-15 sekali lagi akan memihak kepada BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidanga­n UMNO Cawangan Ganggarak dan Batu Manikar yang diadakan di Balai Raya

Kampung Ganggarak, di sini kelmarin.

Khalid yang juga Ketua Cawangan UMNO Ganggarak menzahirka­n keyakinan Datuk Bashir yang setia dalam perjuangan dan telah berusaha membina semula kekuatan UMNO Labuan hasil daripada kerja berpasukan yang telah ditunjukka­n oleh beliau selama ini tidak ada sebab UMNO dan BN Labuan gagal untuk meneruskan kecemerlan­gan dalam memenangi PRU-15 nanti.

Bashir yang juga Ahli Dewan Negara menerima surat watikah pelantikan sebagai Pengerusi Penyelaras BN Labuan daripada Pengerusi Perhubunga­n UMNO Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Mesyuarat Perhubunga­n UMNO Wilayah Persekutua­n yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

 ??  ?? BASHIR
BASHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia