Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU bersifat inklusif, beri peluang dan ruang kepada kepimpinan­nya tanpa lihat latar belakang

-

TELUPID: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersifat inklusif kerana memberi peluang dan ruang kepada kepimpinan­nya tanpa melihat latar belakang suku kaum, sebaliknya terbuka kepada mereka yang boleh memimpin.

Ia dapat dilihat selepas Ketua Bahagian Bersatu Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dipilih sebagai Naib Presiden dalam pemilihan yang berlangsun­g baru-baru ini.

Menyifatka­n kemenangan­nya itu sebagai satu penghormat­an kepada masyarakat Bumiputera Sabah, beliau berkata kemenangan itu memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk menyertai parti itu.

“Apabila BERSATU buat keputusan untuk melebarkan sayap ke Sabah, kita sertai parti secara ikhlas dan komited. Dan dengan komitmen ini, kita tubuhkan banyak cawangan melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dibenarkan. Kita tambah ahli dan jadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai ahli paling ramai.

“Sebab itu dalam pemilihan baru-baru ini, Sabah diberi peluang untuk menduduki dalam pelbagai saf parti termasuk Exco Armada, Exco Srikandi, Majlis Pimpinan Tertinggi dan Naib Presiden.

“Ini menunjukka­n BERSATU Sabah besar dari segi keahlian dan cawangan yang dibenarkan. Dan kita percaya dengan pindaan parti, lebih banyak cawangan akan dibuka sekaligus lebih ramai ahli akan masuk. Ini satu perkembang­an yang baik untuk parti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa mengadakan perjumpaan bersama ahli Bersatu di Telupid, di sini semalam.

Dalam perjumpaan itu, beliau telah menerima kemasukan 200 ahli baharu yang dipimpin oleh Ketua Pergerakan Generasi Muda UPKO Beluran Donisius Salati.

Ronald berkata, kemasukan itu diterima secara terbuka dan ia secara tidak langsung akan mengukuhka­n lagi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Mohd Farlan bersama penduduk Kampung Bangau-Bangau.
BERI SOKONGAN: Mohd Farlan bersama penduduk Kampung Bangau-Bangau.
 ??  ?? BERSAMA: Mohd Farlan bersama Wadjar Panglima Tiring dalam majlis itu.
BERSAMA: Mohd Farlan bersama Wadjar Panglima Tiring dalam majlis itu.
 ??  ?? SEMANGAT: Penduduk Kampung Bangau-Bangau melaungkan slogan ‘Bersatu’.
SEMANGAT: Penduduk Kampung Bangau-Bangau melaungkan slogan ‘Bersatu’.
 ??  ?? TERIMA: Ronald menerima borang kemasukan daripada 200 orang yang berhasrat menyertai BERSATU.
TERIMA: Ronald menerima borang kemasukan daripada 200 orang yang berhasrat menyertai BERSATU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia