Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks JPJ Sarikei dibina dengan kos RM21 juta

Proses tender pembinaann­ya kini dibuka, pelantikan kontraktor terlibat akan dimaklum kelak

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Kompleks Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei akan dibina dalam tempoh terdekat ini dengan peruntukan sekitar RM21 juta.

Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, proses tender bagi pembinaan kompleks JPJ Cawangan Sarikei kini dibuka dan pelantikan kontraktor yang terlibat dalam pembinaann­ya akan dimaklumka­n kelak.

“Berdasarka­n pelan pembinaan, Kompleks JPJ Sarikei ini nanti akan dilengkapi beberapa bangunan merangkumi bangunan operasi, kandang sita dan kemudahank­emudahan lain.

“Kompleks ini nanti mampu memuatkan seramai 30 hingga 50 kakitangan dan petugas JPJ.

“Kita berharap dengan pembinaan kompleks ini nanti akan mampu memberi keselesaan dan kemudahan terbaik kepada masyarakat yang bakal berurusan dengan pihak JPJ,” kata Mohd Syafiq.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Operasi Bersepadu Antara Agensi di Simpang Bulat dekat sini, semalam.

Operasi berkenaan disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarikei dan Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei.

Kompleks JPJ Sarikei akan dibina di Jalan Repok iaitu di Kilometer 5, Jalan SarikeiSar­atok, bersebelah­an Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei.

Menurut Mohd Syafiq, objektif utama Operasi Bersepadu ini dilancarka­n adalah untuk memberikan kesedaran berterusan kepada masyarakat dan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Selain itu juga katanya, operasi itu turut menjadi platform bagi semua agensi yang terlibat dalam mengeratka­n lagi hubungan dengan aktiviti

Berdasarka­n pelan pembinaan, Kompleks JPJ Sarikei ini nanti akan dilengkapi beberapa bangunan merangkumi bangunan operasi, kandang sita dan kemudahan-kemudahan lain.

Mohd Syafiq Anas Abdullah

penguatkua­saan.

“Pada tahun 2020 dari Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 12,779 notis telah dikeluarka­n kepada para pengguna jalan raya yang telah melakukan pelbagai kesalahan.

“Bagi JPJ Sarikei pula, sebanyak 1,304 notis telah dikeluarka­n.

“Bagi jumlah perolehan daripada jumlah saman yang telah dikeluarka­n pula, dari 1

Ogos hingga 23 Ogos pula, JPJ Sarawak berjaya mengutip sebanyak RM163,824.10 manakala bagi cawangan Sarikei untuk tempoh yang sama telah berjaya mengutip sebanyak RM8,760,” kata

Pengarah JPJ Sarawak

Mohd Syafiq.

Mengulas hasil daripada Operasi Bersepadu yang telah dijalankan semalam, beliau berkata, sebanyak enam notis telah dikeluarka­n oleh pihak JPJ.

“Pada masa yang sama juga, kita turut dimaklumka­n oleh pihak AADK Sarikei bahawa lima orang telah dikesan positif dadah jenis syabu melalui pemeriksaa­n dan saringan air kencing yang telah dijalankan pada operasi ini.

“Dengan kesempatan ini juga, kita ingin menyeru orang ramai yang mempunyai saman terutama dengan pihak JPJ, mereka digalakkan membayar saman atau kompaun pada bulan ini, kerana JPJ telah menawarkan diskaun sehingga 70 peratus sempena Bulan Kebangsaan yang telah dilaksanak­an bermula 1 hingga 31 Ogos ini.

“Pada masa yang sama juga, di seluruh negara JPJ telah membuka kaunter setiap Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingga 1 petang untuk membolehka­n masyarakat melakukan urusan berkaitan dan kemudahan ini dibuka kepada mereka yang melakukan urusan secara ‘e-payment’,” tegas Mohd Syafiq lagi.

Hadir sama dalam program itu ialah Ketua Cawangan JPJ Sarikei Nurul Fairezzah Safri, Ketua AADK Sarikei Dalin Nani George serta anggota JPJ dan trafik IPD Sarikei yang lain.

 ??  ?? OPERASI BERSEPADU: Mohd Syafiq (dua kanan) mendengar keterangan lanjut AADK Sarikei yang turut terlibat dalam Operasi Bersepadu di Simpang Bulat, Sarikei, semalam.
OPERASI BERSEPADU: Mohd Syafiq (dua kanan) mendengar keterangan lanjut AADK Sarikei yang turut terlibat dalam Operasi Bersepadu di Simpang Bulat, Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia