Utusan Borneo (Sarawak)

SPECA sokong pencalonan Ibrahim Baki sebagai ahli Lembaga Petronas

-

KUCHING: Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak(SPECA)menyokong keputusan Kerajaan Sarawak untuk mencalonka­n Datuk Ibrahim Baki sebagai ahli Lembaga Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Presidenny­a Datuk Rahman Lariwoo berkata, Ibrahim tidak asing lagi di dalam politik dan perniagaan di negara ini dan berupaya memahami aspirasi rakyat Sarawak.

“Dengan pengalaman­nya yang luas, beliau berupaya memahami harapan orang Sarawak dan melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n kepadanya.

“Kami SPECA, berharap beliau dapat melihat bagaimana untuk meningkatk­an penglibata­n kontraktor Sarawak dalam sektor minyak dan gas tempatan,”katanyadal­amsatu kenyataann­ya kelmarin.

Rahman berkata pihak SPECA sebelum ini telah menyatakan bahawa syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) minyak dan gas asli di Sarawak harus membentuk sebuah konsortium bagi membolehka­n mereka menyertai dan dianugerah­kan dengan projek.

Menurutnya, setiap konsortium akan diketuai oleh kontraktor yang berpengala­man dan berjaya.

Mekanisme pemberian penghargaa­n itu tegasnya, harus lebih mesra seperti rundingan langsung berdasarka­n bidang kepakaran setiap konsortium sementara pemilihan tidak boleh berkomprom­i terhadap kualiti dan keselamata­n projek.

Ia harus merangkumi semua projek yang ada diusulkan untuk Sarawak dan cadangan tersebut tidak hanya terbatas pada projek baharu, tambahnya.

“Dalam pendekatan ini, persatuan percaya bahawa setiap kontraktor di negeri ini akan memiliki sekurangku­rangnya satu projek dan menerusiny­a dapat meningkatk­an penyertaan menjadi 100 peratus dalam lima tahun akan datang,” jelasnya.

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 400 kontraktor Sarawak yang berdaftar dengan Petronas, namun hanya 100 sahaja daripadany­a yang aktif, kata Rahman.

“Dengan pendekatan yang lebih mesra dalam pemberian projek, ia akan menarik penyertaan secara optimum,” katanya.

Pihak SPECA telah merancang mengadakan pertemuan dengan Ibrahim tentang cadangan pihaknya itu.

Rabu lalu, Petronas mengumumka­n di laman webnya bahawa Ibrahim adalah salah seorang daripada tiga anggota lembaga yang baharu dilantik berkuat kuasa 17 Ogos.

Dua anggota lembaga bharu yang lain adalah bekas Hakim Besar Malaysia Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Datuk Razali Mohd Yusof.

 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia