Utusan Borneo (Sarawak)

Belia perlu ambil peluang daripada kemudahan disediakan

-

BINTULU: Golongan belia perlu mengambil peluang daripada kemudahan disediakan dan perubahan berlaku melalui platform e-dagang yang berkembang luas dan amat pesat masa kini.

Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim berkata penggunaan e-dagang kini berkembang dengan pesat dengan statistik penduduk Malaysia sebagai pengguna media sosial ialah 25 juta orang daripada 32.25 juta keseluruha­n.

“Peluang ini perlu diberi perhatian dan dimanfaatk­an sepenuhnya semua pihak kelebihan e-dagang memandangk­an e-dagang masa ini menjadi keperluan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penutupan rasmi Bengkel E-Commerce Fasa 2 bermula 22 Ogos hingga semalam anjuran Kementeria­nBeliadanS­ukan Sarawak Bahagian Bintulu di Business Education Training Academy di sini.

Menurutnya, e-dagang merupakan trend urus niaga baharu masa kini yang mendapat tempat dalam masyarakat di negara ini.

Dalam pada itu, Pegawai Penguasa Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu Johny Patric Ugak berkata bengkel itu adalah lanjutan kepada Bengkel E-Commerce Fasa 1 tahun lalu.

Selain penganjura­n bengkel, beberapa program lain diadakan untuk beliabelia tidak hanya memfokus kepada Bintulu tetapi di Sebauh dan Tatau, antaranya aktiviti sukan Sarawak Cergas.

Seramai 36 peserta terdiri daripada golongan belia menyertai bengkel itu dengan pengisian menggunaka­n media sosial pemasaran produk iaitu Facebook Marketing, Objektif Pemasaran dan ‘Search Engine Optimizati­on(SEO), Copywritin­g’ dan Telegram.

Di samping itu, ‘Content Marketing(Image)’ dan (video), ‘Instagram Marketing and WhatsApp Marketing, Marketplac­e (Shopee) and Carousell’ serta penerangan tentang ‘Sarawak Youth Creative Industry Fund’.

Pengajaran dalam kelas dibimbing oleh Liza Ijam yang berpengala­man lebih tujuh tahun dalam bidang e-dagang.

Hadir sama Nazirul Athif Mohamad Razif daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.

 ??  ?? TAHNIAH: Hussaini (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada seorang peserta bengkel.
TAHNIAH: Hussaini (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada seorang peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia