Utusan Borneo (Sarawak)

Saranan untuk melanjutka­n PKPP adalah wajar

Ia disokong orang ramai bagi memastikan negara benar-benar selamat dan bebas daripada virus ini

- Oleh Agnes Tugong

Sebagai rakyat Malaysia saya menerima baik saranan KKM untuk melanjutka­n tempoh PKPP selepas 31 Ogos untuk satu tempoh lagi.

Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf

KUCHING: Saranan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melanjutka­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah wajar kerana negara masih berdepan penularan COVID-19.

Malah saranan KKM kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) ini turut disokong orang ramai bagi memastikan negara benarbenar selamat dan bebas daripada virus ini.

Menurut Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dan undang-undang untuk menangani virus ini namun kes positif masih terus menular.

“Sebagai rakyat Malaysia saya menerima baik saranan KKM untuk melanjutka­n tempoh PKPP selepas 31 Ogos untuk satu tempoh lagi.

“Ini disebabkan negara kita masih berdepan penularan virus ini melibatkan kes jangkitan tempatan dan luar negara.

“Jika PKPP ditamatkan, kita bimbang wabak ini akan kembali menular dalam kalangan rakyat kita,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo.

Saranan KKM tersebut turut disokong Elizabeth Noi yang merupakan seorang pendidik dan kini bertugas di sebuah sekolah menengah di Sabah.

Bagi Elizabeth walaupun situasi COVID-19 semakin baik namun ia belum berakhir sepenuhnya dan rakyat tidak boleh leka.

“Virus ini adalah tidak dijangka dan jika PKPP ditamatkan terlalu awal, kita bimbang ia akan kembali menular.

“Sebaliknya jika PKPP diteruskan, sekurangku­rangnya penularan wabak ini dapat dicegah,” katanya.

Bagi Tuai Rumah Sangi Abu pula, saranan KKM untuk PKPP dilanjutka­n adalah wajar melihat kepada situasi COVID-19 ketika ini.

“Kes COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya.

Jadi adalah lebih baik PKPP dilanjutka­n untuk satu tempoh lagi.

“Ia mungkin akan menyukarka­n rakyat tetapi demi keselamata­n dan kesihatan rakyat, adalah lebih baik dilanjutka­n, ujarnya.

 ??  ?? ABANG ABDUL AZIZ
ABANG ABDUL AZIZ
 ??  ?? ELIZABETH
ELIZABETH
 ??  ?? SANGI
SANGI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia