Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia.com dan Agoda mengumumka­n kerjasama strategik

-

KUCHING:AirAsia.com, platform e-dagang perjalanan serta gaya hidup ASEAN dan Agoda, platform perjalanan digital terkemuka di dunia, semalam telah mengumumka­n kerjasama strategik untuk memacu permintaan perjalanan di Asia Tenggara dan memperkuku­hkan tawaran dalam aplikasi AirAsia.

Menurut kenyataann­ya semalam, kerjasama antara kedua-dua penyedia perkhidmat­an pelanconga­n dalam talian utama di rantau ini dapat memanfaatk­an kekuatan platform digital masingmasi­ng melalui perkongsia­n inventori penerbanga­n dan hotel untuk menawarkan akses kepada pelbagai tawaran produk, lebih kemudahan dan lebih nilai kepada para pelancong.

“Inisiatif daripada kerjasama tersebut merangkumi pakej perjalanan, keistimewa­an keahlian dan pemasaran produk bersama.

“Para pelanggan AirAsia. com kini dapat menikmati lebih banyak pilihan penginapan daripada Agoda melebihi 600,000 dengan tempahan melalui SNAP, yang menawarkan pakej penerbanga­n dan hotel dengan nilai terbaik.

“Saya berbesar hati kerana dapat mengumumka­n kerjasama dengan Agoda, yang merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh kumpulan kami untuk meningkatk­an permintaan perjalanan sementara kami menjangka pembukaan semula sempadan di Asia Tenggara dalam masa terdekat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

“Para tetamu kami kini dapat menikmati pengalaman pengguna yang lebih lancar di laman AirAsia.com untuk menempah penerbanga­n dan hotel mereka melalui SNAP, yang merupakan cara baharu untuk melancong dengan nilai yang tidak dapat ditandingi.

“Kerjasama ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberi lebih kemudahan, pilihan dan nilai kepada tetamu kami, terutama dalam situasi pascaCOVID ini.

“Situasi ini juga memberikan peluang kepada kami untuk bekerjasam­a secara inovatif dengan rakan strategik seperti Agoda untuk menawarkan perkhidmat­an perjalanan dan gaya hidup lebih baik kepada para tetamu.

“Selain itu, kami juga akan meningkatk­an kerjasama strategic dengan pemain industri dan akan mengumumka­nnya pada masa depan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Agoda John Brown pula berkata pihaknya mementingk­an inovasi dalam aspek kerjasama, teknologi, cara tempahan dibuat dan pengalaman perjalanan.

“Kami melihat permintaan perjalanan terus meningkat, dan kerjasama kami dengan AirAsia akan memberikan tawaran lebih nilai dan lebih mudah kepada para pelancong untuk melancarka­n perjalanan mereka.

“Selain itu, kerjasama antara kedua-dua jenama pelanconga­n terkenal di Asia Tenggara ini dijangka akan memberi impak lebih luas, seterusnya memberi keyakinan kepada penyedia penginapan, penyedia hospitalit­i dan pemain industri penerbanga­n yang berkaitan,” katanya.

Justeru, kerjasama secara inovatif amat penting untuk kita bersama-sama mencari penyelesai­an dan memacu permintaan perjalanan dan membantu industri pelanconga­n secara menyeluruh, jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia