Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha JBALB bekal air bersih kepada penduduk Sungai Serunggut dihargai

-

MIRI: Ketua Wanita Parti Keadilan Sibuti (PKR) Zulhaidah Suboh berterima kasih dan menghargai usaha Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) yang bertindak pantas menyelesai­kan masalah dan membekalka­n air bersih untuk keperluan penduduk Sungai Serunggut, Bekenu, Sibuti.

Zulhaidah dalam kenyataan medianya di sini, semalam berkata, penduduk di Sungai Serunggut berdepan dengan masalah ketiadaan air bersih sejak bertahun dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber daripada air hujan dan sungai yang terletak berhampira­n untuk keperluan harian mereka.

Namun keadaan menjadi lebih sukar apabila tiba musim kemarau kerana air sungai yang semakin cetek dan keruh selain menimbulka­n bau tidak menyenangk­an.

JBALB yang menerima aduan daripada penduduk kampung dan PKR Cawagan

Sibuti berhubung masalah tersebut, telah menghantar beberapa tangki dan bekalan air bersih bagi penyelesai­an segera dan jangka pendek untuk mereka.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada JBALB kerana memberi perhatian segera dan bertindak pantas selepas menerima aduan mengenai ketiadaan bekalan air bersih untuk penduduk di Sungai Serunggut. Penduduk di sini sangat memerlukan bekalan air bersih,” tambahnya.

“Untuk makluman penduduk di kawasan Sungai Serunggut masih belum mempunyai bekalan air paip sejak dulu lagi dan penduduk hanya bergantung kepada air hujan dan air sungai yang tidak bersih.

“Ini bukan perkara baharu pernah diutarakan pihak kami dan sehubungan itu kami memohon kepada kerajaan negeri dan persekutua­n supaya menyegerak­an penyambung­an projek kemudahan asas ini untuk dinikmati oleh mereka,” jelasnya.

 ??  ?? SELESAI MASALAH: Penduduk kampung mengisi tangki dengan air bersih yang dibekalkan JBALB ke rumah-rumah di Sungai Serunggut di Sibuti.
SELESAI MASALAH: Penduduk kampung mengisi tangki dengan air bersih yang dibekalkan JBALB ke rumah-rumah di Sungai Serunggut di Sibuti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia