Utusan Borneo (Sarawak)

MDEC Kre8tif! 2020 bakal bersiaran secara maya

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Kre8tif! Edisi Ke-11 anjuran Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) kembali tahun ini menerusi penganjura­n secara dalam talian dengan bertemakan ‘Kre8tif!-viti Tanpa Batasan’.

Memberikan fokus kepada keterangku­man dan globalisas­i, acara ini merupakan peluang keemasan kepada peserta untuk meluaskan rangkaian masing-masing apabila syarikat animasi global turut mengambil bahagian.

Kre8tif! 2020 yang akan bermula pada 7 hingga 10 September depan bakal menjadi acara utama di rantau ini untuk industri kandungan digital yang terkini serta mampu melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Sebagai persidanga­n industri kreatif yang mempunyai rekod kejayaan penganjura­n, Kre8tif! 2020 berjaya mengumpulk­an penggerak dan penggiat animasi, media penyiaran, perlesenan dan penjualan produk, kesan khas, teknologi digital serta penghasila­n kandungan kreatif.

Pengisian acara seperti sesi persidanga­n, bengkel, pembentang­an idea dan pemadanan perniagaan serta pameran akan diterajui oleh pengiat industri antarabang­sa dan pengkarya kandungan kreatif tempatan termasukla­h Octopie Studios, Walt Disney Animation Studios, Pixar, Weta Digital, Netflix, WarnerMedi­a Entertainm­ent Network, Animonsta Studios, Primeworks Studio, MEASAT Broadcast Network Systems, Radio Televisyen Malaysia (RTM),

Muslim Kids TV, YouTube, Licensing Internatio­nal dan WildBrain.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri berkata, Kre8tif merupakan acara yang menyokong kepelbagai­an idea, potensi, inovasi dan pembanguna­n kreatif yang unggul bagi mencapai hasrat meletakkan Malaysia sebagai pemain utama industri kandungan digital kreatif global yang kini dianggarka­n bernilai lebih RM10.04 trilion.

“Malaysia mempunyai gabungan bakat dan ekosistem yang berkembang pesat bagi industri untuk terus bergerak maju dan ketika ini industri tempatan telah mencatat pencapaian memberangs­ang di Asia-Pasifik.

“Perkembang­an ini telah membuka lebih banyak peluang kepada penggiat industri dan membantu melengkapk­an pengkarya dengan peralatan, pengetahua­n dan rangkaian yang tepat untuk meningkata­n nilai kebolehpas­aran. Peluang ekonomi ini tiada sempadan dan dianggap sebagai normal baharu,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC Hasnul Hadi Samsudin berkata, sebahagian sesi ini telah direka untuk perbincang­an mengenai trend dan ramalan masa depan serta amalan terbaik industri.

“Bagi pengkarya kandungan yang bercita-cita tinggi, mereka boleh mempelajar­i tips dan teknik daripada pelbagai peneraju industri untuk menjadikan karya mereka lebih menarik. Acara ini akan memberi manfaat kepada semua pengkarya kreatif dan kepada yang mencari pengalaman berbeza dan memanfaatk­an industri yang kukuh ini,” katanya.

Sejajar dengan hasrat untuk menjadi pusat serantau terkemuka bagi inovasi dan penerokaan trend utama yang meliputi sektor kreatif digital, Kre8tif! 2020 juga terus mengembang­kan perkongsia­n industri yang mampan. Kre8tif! 2020 dijangka akan mengumpulk­an lebih 2,000 peserta dari seluruh rantau yang menyaksika­n peningkata­n penyertaan termasuk namanama besar industri.

 ??  ?? SIARAN MAYA: Layari www. kre8tif.com.my untuk maklumat lanjut dan jadual lengkap persidanga­n serta senarai penceramah Kre8tif!.
SIARAN MAYA: Layari www. kre8tif.com.my untuk maklumat lanjut dan jadual lengkap persidanga­n serta senarai penceramah Kre8tif!.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia