Utusan Borneo (Sarawak)

JHEV Mall, aplikasi perniagaan jana pendapatan veteran ATM

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia ATM akan memperkena­lkan platform perniagaan dalam talian, khas bagi veteran ATM mengembang­kan bidang perniagaan yang diceburi mereka.

Ketua Pengarah JHEV Mej Jen Datuk Dzulkarnai­n Ahmad berkata melalui platform jual beli mudah alih yang dinamakan ‘JHEV Mall’ itu, ia memberi kemudahan kepada usahawan dalam kalangan veteran ATM menawarkan produk dan perkhidmat­an mereka dengan lebih cepat dan mudah.

“Aplikasi ini diwujudkan untuk menggalakk­an penyertaan veteran tentera yang berdaftar di bawah JHEV memperluas­kan lagi capaian perniagaan mereka dan ia memberi banyak kebaikan,” katanya kepada Bernama.

Katanya, fasa pertama pengenalan platform ini berjaya menarik penyertaan hampir 200 veteran ATM yang mempunyai produk sendiri dan pelancaran rasmi aplikasi berkenaan akan diadakan kelak.

Beliau berkata, menerusi aplikasi itu peserta boleh memuat naik gambar produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan untuk memudahkan orang awam membuat pembelian.

“Penyediaan platform ini disasar mampu mengikut langkah syarikat swasta edagang lain seperti Lazada, Shopee sebagai pusat belibelah dalam talian yang membekalka­n pelbagai produk termasuk peralatan rumah dan barangan elektronik,” katanya.

Dzulkarnai­n berkata, untuk fasa seterusnya pihaknya akan memperinci­kan pengenalan fungsi e-dompet dalam aplikasi berkenaan bagi kemudahan transaksi jual beli pada masa akan datang.

“Aplikasi ini sudah dimulakan kira-kira tiga bulan lalu, namun ia masih dalam fasa awal berikutan fungsi e-dompet masih belum tersedia,” katanya menambah JHEV menyasarka­n kirakira 1,000 veteran tentera yang mempunyai perniagaan menyertai platform berkenaan.

Selain manfaat kepada bekas pejuang, Dzulkarnai­n berkata pengenalan platform itu mampu memperkuku­hkan lagi kewangan JHEV termasuk menambah dana Tabung Yayasan Veteran ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia