Utusan Borneo (Sarawak)

Maggi lancar Program Mentor Wanita Cukup Berani

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PETALING JAYA: Bagi menyokong peningkata­n keyakinan serta membina kemahiran digital, memasak dan keusahawan­an asas kaum wanita, Maggi telah melancarka­n Program Mentor Wanita Cukup Berani, sebuah program nasional yang dianjurkan hasil kolaborati­f bersama Women Will oleh Google Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, sebagai penyokong diversiti dan inklusi, Nestlé amat komited kepada pemerkasaa­n wanita dan memajukan kesamarata­an gender dalam korporat dan juga masyarakat.

“Kami berpegang kepada prinsip ini dalam budaya dinamik kami setiap hari. Kami menzahirka­n semangat ini melalui Tak Kenal, Tak Cinta dan seterusnya dilanjutka­n melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani.

“Kami yakin bahawa wanita di Malaysia boleh melihat kepentinga­n dalam mencuba dalam pelbagai aspek dengan menyahut cabaran baharu dan mencapai matlamat mereka sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun mencuba untuk mengusahak­an perniagaan baharu,” katanya pada majlis pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pada majlis sama, Maggi telah memilih tiga personalit­i dan usahawan sebagai mentor dalam usaha membentuk dan memperkasa­kan wanita yang bakal terpilih sebagai mentee menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani.

Tiga mentor berkenaan ialah duta jenama Maggi CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; usahawan dan selebriti, Sheila Rusly dan pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Geetha Balakrishn­a pula, kerjasama Maggi bersama Women Will oleh Google Malaysia adalah penting kerana teknologi merupakan suatu kemahiran yang boleh meluaskan peluang ekonomi terutamany­a perniagaan kecil yang kekurangan kemahiran dan modal.

“Bersama-sama dengan tiga orang mentor kami, Program Mentor Wanita Cukup Berani akan memberi sokongan kepada wanita di seluruh Malaysia melalui siri bengkel dalam talian yang memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaik­i kemahiran perniagaan melalui peningkata­n kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Cef Maggi.

“Apa yang lebih menarik ialah tiga mentor kami akan menyokong tiga peserta yang terpilih melalui ‘mentorship’ yang mampu mengubah hidup mereka, serta membimbing mereka dalam ikhtiar mereka,” jelas beliau.

Siri pertama bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani akan bermula dari 1 hingga 3 September, diikuti dengan siri seterusnya mulai 20 hingga 22 Oktober.

Sepanjang bengkel tiga hari ini, peserta akan mempelajar­i kemahiran baharu yang akan meningkatk­an lagi pengetahua­n dan keyakinan mereka.

Sehingga kini, bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani telah menerima sambutan yang menggalakk­an melebihi 800 pendaftara­n.

Pusingan akhir akan menyaksika­n pemilihan seramai 20 peserta untuk menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian, dan seterusnya menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih.

Mereka kemudianny­a akan dibimbing secara peribadi oleh Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani.

 ??  ?? UNTUK WANITA: Juan Aranols (tiga kanan) bersama mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi iaitu (dari kiri) Sheila Rusly, Eina Azman dan Anne Idris. Turut serta Geeta Balakrishn­a (kanan) dan Ketua Google Malaysia, Marc Woo.
UNTUK WANITA: Juan Aranols (tiga kanan) bersama mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi iaitu (dari kiri) Sheila Rusly, Eina Azman dan Anne Idris. Turut serta Geeta Balakrishn­a (kanan) dan Ketua Google Malaysia, Marc Woo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia